25,437 kes kematian keseluruhan dicatatkan

SERI KEMBANGAN – Sebanyak 278 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat tengah malam tadi.

 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 25,437 kes, iaitu 1.15 peratus daripada 2,193,434 kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

 

Manakala, sejumlah 99 daripada 278 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID), sebagaimana menurut data KKM di portal COVIDNOW.

 

Jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

 

Tunggakan kes itu berlaku kerana proses bagi mengesahkan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat wabak itu, memakan masa.

 

Dalam pada itu, Portal Github menunjukkan hanya tiga kes kematian dilaporkan berlaku semalam, namun angka itu boleh berubah sekiranya terdapat kes kematian yang masih belum dikemas kini.

 

Nilai kadar kebolehjangkitan di Malaysia mencatatkan sedikit trend peningkatan iaitu naik kepada 0.92 berbanding 0.91 pada Ahad berbanding hari sebelumnya.

 

Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan iaitu Pahang merekodkan kadar tertinggi dengan mencatatkan 1.02, diikuti Perak, Putrajaya, Perlis, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka dan Sarawak.

 

Sementara itu, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Sabah, Kedah dan Kuala Lumpur catat R-naught di bawah purata kebangsaan, Labuan mencatatkan empat kes baharu Covid-19.

 

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

 

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia