Kes HFMD terus meningkat di seluruh negara

Kes HFMD terus meningkat di seluruh negara

SERI KEMBANGAN – Sehingga Jumaat, kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) terus mencatatkan peningkatan di seluruh negara apabila merekodkan 28,957 kes berbanding 4,239 kes pada tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, peningkatan ini agak mendadak dan sememangnya dijangka memandangkan tahun lepas banyak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak boleh keluar.

“Sekarang ini kita sudah dibenarkan keluar, lebih-lebih lagi sektor pendidikan dan sebagainya kembali dibuka, maka kes HFMD ini catat peningkatan,” katanya.

Jelasnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan terutamanya kepada ibu bapa untuk menggunakan ciri yang ada pada MySejahtera untuk mengetahui jumlah kes di kawasan berhampiran masing-masing.

“Sekiranya tinggi maka kita perlu berhati-hatilah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Rembau di Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, di Rembau pada Sabtu.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa peka terhadap penyakit endemik yang lain seperti demam denggi dan HFMD.

Sebelum ini, KKM merekodkan 22,463 kes HFMD di seluruh negara pada Minggu Epid 17/2022, membabitkan peningkatan sebanyak 12.8 kali ganda berbanding tempoh sama pada tahun 2021 dengan 1,752 kes.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia