Kes Covid-19 global melebihi 309 juta

SERI KEMBANGAN – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 18 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 31,696 orang, daripada 2.78 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

 

“Dua daripada 18 kes kematian yang dilaporkan, berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID),” menurut data KKM di portal CovidNow,

 

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

 

“Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.”

 

Sementara itu, kes positif harian pada Isnin mencatatkan 2,641 kes, menurun 247 kes daripada 2,888 kes pada Ahad.

 

Hingga kini terdapat 39,742 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 32,517 individu atau 81.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

 

Seramai 3,583 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

 

Dalam pada itu, kes kumulatif kes positif Covid-19 global kini melebihi 309 juta berikutan pertambahan lebih 1.96 juta kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.

 

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 60.9 juta kes dan diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 35.7 juta kes dan 22.5 juta kes.

 

Manakala, negara yang melebihi angka 10 juta kes adalah United Kingdom, Perancis dan Rusia manakala Turki merekodkan lebih 9 juta kes. Sementara Itali, Sepanyol dan Jerman melebihi 7 juta kes.

 

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 4.2 juta, Filipina hampir 3 juta, Malaysia 2.78 juta dan Thailand dengan 2.2 juta kes manakala Singapura melebihi 286,000 kes.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia