Kes Demam Denggi Meningkat: Faktor & Cara Mengatasinya

Kes Demam Denggi Meningkat: Faktor & Cara Mengatasi | IKRAM

Mutakhir ini, kes Covid-19 direkodkan meningkat secara mendadak namun masih terkawal. Simptom kebanyakan pesakit Covid-19 diklasifikasikan sebagai mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan hospital. Kadar pesakit yang memerlukan rawatan hospital atau maut kerana Covid-19 pula adalah rendah.

Kes denggi meningkat

Namun sedarkah kita, seiring dengan peningkatan Covid-19, jangkitan demam denggi turut sama menular dalam komuniti sepanjang tahun? November tahun lalu mencatatkan peningkatan sebanyak 98,715 kes berbanding 49,569 kes bagi tempoh yang sama pada tahun sebelumnya, peningkatan sebanyak 49,146 kes atau 99.1 peratus.

Berikutan keadaan ini, Malaysia dianggap sebagai negara endemik demam denggi yang menyaksikan kes denggi dilaporkan sepanjang tahun. Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Empat jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi dikategorikan sebagai DEN 1, DEN 2, DEN 4 dan DEN 4.

Tahukah anda bahawa jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus itu sahaja? Justeru, jika seseorang individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, beliau akan terdedah kepada jangkitan denggi lebih daripada sekali seumur hidupnya.

Simptom denggi ada persamaan dengan Covid-19 iaitu boleh menyebabkan demam, sakit sendi dan pening kepala. Penyakit ini turut boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan. Malah denggi boleh memberikan kesan kepada jantung, otak, hati dan buah pinggang bagi sesetengah keadaan. 

Sehingga kini, tiada ada vaksin yang boleh memberikan perlindungan efektif terhadap virus denggi walaupun setelah 233 tahun sejak pertama kali dilaporkan pada tahun 1789 oleh Benjamin Rush. Denggi dianggap sebagai salah satu penyakit lama yang berbahaya. 

Hapus punca pembiakan

Dalam apa jua langkah yang dilakukan, tindakan mencegah sentiasa lebih baik daripada merawat. Sekiranya penyakit Covid-19 lebih sukar untuk dielakkan kerana boleh disebarkan mudah melalui sentuhan, udara dan rembesan air bersin atau batuk, jangkitan denggi dapat dihindari dengan hanya menjaga kebersihan persekitaran.

Peningkatan wabak denggi yang berterusan sehingga menjadi endemik di negara ini memberi cerminan bahawa masih terdapat kawasan yang tidak terjaga dan kebersihannya terabai. 

Malaysia terkenal dengan keindahan flora dan faunanya, namun sayang sekali, aset semula jadi ini tidak dihargai dan dipelihara dengan sebaik-baiknya. Perairan lautan negara Malaysia pula dicemari dengan berjuta-juta tan sisa sampah plastik saban tahun.

Sungai-sungai terkenal dengan pencemaran sampah, banyak longkang tidak diselenggarakan hingga menambah teruk situasi banjir, sampah-sarap sering bertaburan walaupun di atas permukaan tong sampah dan keadaan semak kawasan perumahan menjadi pemandangan normal di beberapa penempatan.

Semua keadaan ini menggalakkan berlakunya syurga takungan air bagi pembiakan nyamuk aedes. Bagi membendung wabak denggi, perkara utama adalah memusnahkan habitatnya dengan mengenali cara nyamuk aedes membiak. 

Kitaran hidup nyamuk aedes di dalam air yang pendek iaitu sekitar tujuh hingga lapan hari sahaja daripada peringkat telur hingga dewasa menyebabkan populasinya meningkat cepat terutamanya apabila cuaca panas dan kering.

Telur nyamuk aedes yang kelihatan seperti bintik hitam boleh hidup tanpa air hingga 6 bulan lamanya.  Satu sudu teh takungan air jernih sudah cukup untuk menetaskannya menjadi jejentik dalam masa satu jam sahaja.

Cuaca yang bersuhu kurang daripada 28 darjah Celsius yang kebiasaannya berlaku pada awal pagi dan waktu senja menjadikan nyamuk aedes lebih aktif. Keadaan ini meningkatkan frekuensinya untuk menggigit mangsa, seterusnya menyebabkan penyebaran virus denggi menjadi lebih luas. 

Nyamuk aedes boleh hidup di dalam rumah dan hinggap di celah langsir dan gantungan baju. Serangga ini juga boleh membiak di luar rumah seperti di dalam bekas sampah atau celah lubang pokok.  

Kemas, bersih persekitaran

Cara terbaik untuk menghapuskan nyamuk aedes adalah dengan mengemas persekitaran rumah secara kerap agar nyamuk aedes tidak sempat untuk membiak. Jadikan tabiat mengemas dan menjaga kebersihan sebagai amalan kehidupan. Tutup bekas yang berisi air atau masukkan ubat jentik-jentik. 

Bekas pembiakan nyamuk tidak boleh dilupuskan dengan hanya membuang airnya sahaja, tetapi dinding bekas perlu diberus untuk membuang telurnya bagi benar-benar melupuskan telur tersebut. Sifat kejadian nyamuk aedes yang berdaya tahan tinggi menyebabkannya mudah saja membiak apabila kebersihan tidak dijaga rapi. 

Menjaga kebersihan adalah natijah keimanan seorang Muslim sepertimana yang disebut dalam hadis Nabi SAW (Riwayat Muslim, 223) yang bermaksud:

 “Bersuci itu adalah antara ciri-ciri keimanan.” 

Agama Islam sangat mementingkan soal kebersihan. Rutin mengambil wuduk dan memelihara diri daripada najis sebelum solat fardu lima kali sehari sudah menggambarkan penekanan berat agama terhadap kebersihan dalam kehidupan seorang Muslim.  

Kebersihan tidak seharusnya tertakluk kepada ruang lingkungan diri atau kawasan sendiri sahaja, tetapi hendaklah juga meliputi persekitaran. Masyarakat harus bersama-sama memelihara kebersihan di mana sahaja agar semua pihak dapat menikmati kehidupan yang sejahtera. 

Kebersihan menjauhkan manusia daripada penyakit. Terbukti bahawa kebanyakan penyakit yang menular dalam kalangan manusia adalah disebabkan pengabaian kebersihan dan kekotoran. 

Jangan terlambat bertindak dan jadikan amalan menjaga kebersihan sebagai budaya hidup.

Basmin Maarof
Pegawai Jabatan Komunikasi Korporat
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia