Kerusi DUN Pelangai Diisytihar Kosong

Kerusi DUN Pelangai Diisytihar Kosong | IKRAM

KUANTAN – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya, Dato’ Sri Johari Harun yang terlibat dalam nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu.

“Notis pemakluman secara rasmi itu telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK),” kata Yang Dipertua DUN Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin.

Beliau berkata, ini adalah prosedur yang harus dilaksanakan oleh SPR apabila terdapat kekosongan kerusi DUN disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan seperti kemalangan jiwa atau berkaitan peraturan undang-undang dan sebagainya.

“PRK terpaksa diadakan, jadi sebagai Speaker dan timbalan saya (Timbalan Yang Dipertua DUN, Lee Chin Chen) kita telah menyerahkan surat bagi memaklumkan kepada SPR tentang notis kekosongan DUN Pelangai.”

Notis tersebut diserahkan kepada Pengarah SPR Pahang, Datuk Zamree Hamli pada jam 11.30 pagi di sini.

Dalam pada itu, Zamree memaklumkan pihaknya akan mengadakan mesyuarat mengenai perkara terbabit pada minggu ini.

Johari yang merupakan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri dipilih sebagai ADUN Pelangai selepas memenangi kerusi terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-15 tahun lalu.

Beliau yang bersaing dalam pertandingan empat penjuru memperoleh 7,308 undi menewaskan calon dari Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Pejuang.

Pada Khamis, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 lelaki maut dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina dan antara nama yang terdapat dalam senarai penumpang tersebut ialah Johari, 53.

Lapan daripada yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves, Selangor, pada Ahad.

Ketika kejadian, pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada jam 2.48 petang.

Pesawat itu dikesan melencong ke kanan daripada laluan penerbangan dengan siasatan awal mendapati ia sudah mendapat kebenaran untuk mendarat oleh menara kawalan Lapangan Terbang Subang.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia