Kerjasama Strategik Sebarkan Dakwah

PUTRAJAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah melakukan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr Zulkifli Hasan pada Isnin.

Delegasi IKRAM diketuai oleh Presiden IKRAM Hj Badlishah Sham Baharin, disertai Timbalan Presiden Jusni Yusoff dan Setiausaha Agung Hj Shahrul Aman Mohd Saari.

Turut bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat iaitu Dr Sabariah Baharun (Ketua Kluster Perpaduan Nasional), Ustaz Dr Syazalie Hirman Ahmad Najib (Tarbiah dan Modal Insan), Hj Roslan Mohamad (Pendidikan Masyarakat) dan Hj Ainullotfi Abdul Latif (Ketua Kluster Masyarakat Progresif).

Pertemuan ini adalah susulan jemputan YB Timbalan Menteri kepada IKRAM semasa beliau hadir ke Majlis Ramah Mesra Syawal baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, antara perkara yang dibincangkan ialah kerjasama strategik yang boleh digerakkan bersama dalam menyebarkan dakwah kepada masyarakat.

Presiden Hj Badlishah Sham memberikan penerangan ringkas mengenai IKRAM serta misi, visi dan gerak kerjanya.

Selain itu, Ahli-ahli JKP yang hadir turut memberikan beberapa pandangan dan inisiatif IKRAM dalam aspek pendidikan masyarakat, perpaduan nasional, kekeluargaan dan pemerkasaan komuniti bandar.

Delegasi IKRAM menzahirkan penghargaan atas kesudian YB Timbalan Menteri menerima kunjungan ini di samping menghadiahkan buku-buku dan bahan rujukan terbitan IKRAM.

Semoga kerjasama antara IKRAM dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dapat direalisasikan bagi menjayakan program dan aspirasi bersama demi manfaat masyarakat dan negara, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia