Hanya kerana sebiji kurma

Saidina Hasan RA merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi bagi umat Islam. Beliau merupakan anak kepada khalifah Ali bin Abi Talib RA dan juga merupakan cucu kepada Rasulullah SAW.

 

Satu doa Rasulullah SAW yang sangat berharga sehingga beliau menjadi tokoh penting dalam perdamaian umat Islam ketika itu.

 

Rasulullah SAW pernah menyebut bahawa: “Sesungguhnya puteraku ini adalah penghulu, semoga kelak Allah akan mendamaikan dua kelompok orang yang beriman melaluinya.” (Majmu’ al-Fatawa: 25/306, Status hadis: Sahih)

 

Ini adalah satu doa Nabi SAW kepada Saidina Hasan yang akhirnya telah membantu umat Islam ketika itu untuk berdamai dan menutup ruang untuk berlakunya pertumpahan darah.

 

Ketia Saidina Hasan kecil, terjadi satu peristiwa yang kecil akan tetapi membawa satu pengajaran yang sangat besar dan penting buat umat Islam khususnya.

 

Hadis riwayat Abu Hurairah menyatakan bahawa Hasan bin Ali (cucu kepada Nabi Muhammad SAW) mengambil sebiji kurma (tamar) daripada kurma sedekah lalu meletakkan ke dalam mulutnya. Maka Nabi SAW lantas berkata: “Kih!! Kih!! (ia merupakan perkataan dan isyarat kepada Saidina Hasan untuk mengeluarkannya daripada mulut) buangkannya, apa kamu tidak mengetahui, bahawasanya keturunan kita tidak makan harta sedekah (zakat).” (HR Bukhari, No. 1491)

 

Dalam hadis yang ringkas ini, terdapat 1,001 pengajaran yang boleh kita ambil untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Beginilah sifat seorang nabi kepada seorang cucunya yang sangat baginda sayangi.

 

Baginda melarang dan suruh Saidina Hasan untuk memuntahkan semula sebiji kurma yang beliau sedang makan kerana ahlulbait dilarang untuk makan harta zakat.

 

Ketika Saidina Hasan makan kurma itu, beliau merupakan seorang budak kecil yang memang menjadi kebiasaan budak-budak untuk memasukkan sesuatu di dalam mulut.

 

Tetapi ketegasan Nabi SAW sebagai seorang pemimpin walaupun hanya sebiji kurma, baginda memaksa supaya Saidina Hasan muntahkan semula kerana itu bukan hak ahlulbait.

 

Akan tetapi pada hari ini, perkara ini sangat jauh dalam kalangan pemimpin kita. Rasuah dan mencuri duit rakyat itu seolah-olah merupakan perkara biasa.

 

Bukan seringgit dua akan tetapi jutaan ringgit yang sepatutnya digunakan untuk negara dan rakyat akan tetapi telah disonglap dan memenuhkan poket kroni sendiri.

 

Dalam al-Quran jelas menyebut tentang haramnya mengambil harta orang lain ini:

 

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah: 188)

 

Sekiranya sebiji kurma pun Nabi SAW bertegas, apatah lagi dengan menyeleweng duit rakyat dan dana awam yang nilainya jutaan ringgit.

 

Irham Masiri

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia