Keputusan SPPIM 2022 Sekolah Rendah Diumumkan

Keputusan SPPIM 2022 Sekolah Rendah Diumumkan | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Seramai 1,889 calon Syahadah Pentaksiran Pelajar IKRAM MUSLEH (SPPIM) 2022 bagi sekolah rendah telah menerima keputusan pentaksiran di sekolah masing-masing pada Khamis.

Ketua Sektor Pentaksiran, Bahagian Pembangunan dan Perkembangan Pendidikan IKRAM MUSLEH, Zunaidah Yacob berkata, Gred Purata Sekolah (GPS) untuk keseluruhan bagi tahun 2022 ialah 1.6, melayakkan pelajar-pelajar tersebut mendapat sijil.  

“SPPIM bagi tahun 2022 ini dilaksanakan sepenuhnya di bawah tanggungjawab dan pengawasan daripada pihak pengurusan sekolah diketuai Guru Besar,” jelasnya.

Beliau berkata, SPPIM 2022 merupakan pentaksiran yang dijalankan sepenuhnya berasaskan sekolah.

“Penilaian dan pentaksiran yang dijalankan bersifat menyeluruh melalui pelbagai kerja kursus, projek, latihan amali, ujian lisan, ujian hafazan dan pentaksiran konstruk pelajar IKRAM MUSLEH yang dilaksanakan sepenuhnya berasaskan sekolah sepanjang tahun.”

Dilaporkan, sebanyak 32 buah sekolah rendah terlibat dalam SPPIM ini dan bagi tahun 2022, susunan ranking ditiadakan kerana pentaksiran dijalankan sepenuhnya berasaskan sekolah.

“Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon yang menerima keputusan,” ujarnya.

Dalam pada itu, terdapat beberapa subjek yang menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2021, antaranya subjek Akhlak dan Akidah yang masing-masing mencatatkan gred 1.5 dan 1.3 pada 2021, manakala pada 2022, Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi kedua-dua subjek ialah 1.0.

Selain itu, lapan subjek keseluruhan adalah Akhlak, Akidah, Bahasa Arab, Sirah, Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRS MUSLEH), Fekah, Al-Quran dan Hafazan. 

Empat kemahiran lain turut ditaksir iaitu Daya Ketahanan, Disiplin, Kemahiran Sosial dan Kepimpinan.

SPPIM atau Sistem Pentaksiran Pelajar IKRAM MUSLEH menggabungkan penilaian holistik dan berterusan terhadap murid-murid, manakala sijil Syahadah Pentaksiran Pelajar IKRAM MUSLEH dianugerahkan kepada murid-murid yang telah mengikuti pendidikan mereka di Sekolah Rendah Islam (SRI) dan Sekolah Menengah Islam (SMI) IKRAM MUSLEH.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia