SERI KEMBANGAN – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi calon 2021 akan diumumkan pada Khamis, 16 Jun ini.
“Terdapat tiga kaedah untuk mendapatkan keputusan tersebut,” kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.
Beliau berkata, calon-calon sekolah boleh mendapatkan keputusan dengan hadir di sekolah masing-masing.
“Kedua, secara dalam talian melalui pautan yang akan diberikan dan ketiga, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).”
Menurutnya, apa yang paling penting untuk anak-anak, perjalanan masih jauh, banyak peluang dan ruang di hadapan sana.
“Apa saja keputusan SPM nanti terimalah dengan hati yang terbuka, terus bergerak ke hadapan dan lakukan yang terbaik,” katanya dalam hantaran video di media sosialnya,hari ini.
Terdahulu, seramai 407,097 calon menduduki peperiksaan SPM yang diadakan pada Mac lalu.
Peperiksaan Tingkatan 5 berkenaan ditangguhkan pada Mac tahun ini berbanding kebiasaan yang diadakan pada akhir tahun persekolahan ekoran negara dilanda pandemik Covid-19.