Kepimpinan negara bakal bertukar?

Khabar yang berlegar di media arus perdana mahupun media sosial sejak Ahad sedikit sebanyak memberi bayangan akan ada sesuatu yang berlaku dalam arena kepimpinan negara ini.

 

Barangkali tukar kerajaan atau sebarang kemungkinan yang diharapkan sekalian rakyat sejak kerajaan Perikatan Nasional (PN) ‘mengambil alih’ daripada Pakatan Harapan (PH) sejak Mac tahun lalu.

 

Laporan itu menyatakan tentang siri mesyuarat membabitkan pemimpin parti-parti politik dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

 

Pertemuan bersama Yang di-Pertuan Agong itu dilaporkan sedang berlangsung selama beberapa hari bermula pada hari ini (9 Jun).

 

Teruskan doa yang baik-baik untuk kepimpinan negara yang kita cintai ini.

 

Bergempita suara rakyat!

 

Berikutan pertemuan ini, rakyat menyandarkan harapan yang tinggi kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu untuk menyelesaikan banyak kemelut yang melanda negara demi kesejahteraan bersama.

 

Suara-suara rakyat semakin gempita kedengaran menzahirkan rasa mereka dengan pelbagai keputusan yang tidak seiringan dalam kepimpinan negara kini yang membuatkan rakyat berasa dipermainkan, seakan-akan mereka tidak menghormati apalagi mengambil peduli tentang rakyat dalam mendepani pandemik yang sangat mencabar ini.

 

Sejak kerajaan diambil alih selama 15 bulan, mereka seolah-olah berasa selesa dengan apa yang telah diperjuangkan oleh kerajaan terdahulu. Walaupun diambil secara bukan melalui pemilihan, mereka tidak meneruskan dasar-dasar yang baik yang telah dipersembahkan oleh kerajaan sebelumnya.

 

Bagai angin lalu?

 

Isu pandemik yang tidak nampak jalan penyelesaiannya, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang sangat mencabar bagi pihak guru, ibu bapa dan para pelajar, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang tidak selaras dalam kalangan menteri yang mengumumkan serta pelbagai lagi keputusan yang tidak selari apalagi tidak berpihak kepada rakyat, sering menjadi bualan di media hingga hari ini.

 

Barisan kabinet yang ramai daripada kerajaan sebelum ini juga menjadi topik yang tidak enak dibaca dan peranan mereka yang dilantik seakan tidak nampak fungsinya, belum lagi dikira dengan lantikan-lantikan lainnya.

 

Perkara itu tidak boleh dibiarkan berpanjangan, apatah lagi keadaan negara ketika ini yang sidang parlimennya ditutup sejak sesi berakhir 15 Disember tahun lepas mengakibatkan isu rakyat tidak dapat dibahaskan dengan tuntas.

 

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said turut kecewa dengan sikap pegawai kerajaan dan anggota kabinet termasuk Peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) mengenai kelumpuhan Parlimen.

 

“Kakitangan Parlimen sepatutnya dianggap sebagai petugas barisan hadapan kerana berperanan membantu memudahkan pentadbiran ketika wakil-wakil rakyat membentuk dasar negara dan sebagai petugas yang menguruskan selok-belok Dewan Rakyat dan Dewan Negara.”

 

“Demi menjulang demokrasi, saya menganggap mereka sebagai frontliners!” kata Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang menolak alasan bimbang penularan Covid-19 dalam kalangan kakitangan Parlimen kerana petugas termasuk Ahli Dewan Negara sepatutnya telah diberikan vaksin.

 

Tegasnya sebagaimana dilaporkan media pada 27 Mei 2021, kerajaan boleh mengurung rakyat melalui ‘lockdown’, tetapi kerajaan tidak seharusnya membungkam proses demokrasi.

 

“Kami cukup merana berkompromi dengan hak demokratik dan hak asasi individu kami demi satu krisis kesihatan awam semata-mata.”

 

Rakyat tidak dipeduli?

 

Keadaan rakyat yang sangat semakin terhimpit dengan keadaan barangan keperluan harian yang meningkat, ‘lockdown’, dibuang kerja mahupun keadaan lain yang mengganggu berikutan pandemik yang berlaku, maka khabar Yang di-Pertuan Agong berkenan pemimpin parti-parti politik mengadap baginda, seakan harapan yang tinggi dizahirkan rakyat di laman sosial mereka.

 

Pada 2 Mei lalu juga, Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Fadwa Anuwar berkata, hari-hari kedengaran pelbagai isu yang melingkari di negara ini terutamanya harga barang yang mencanak naik.

 

Di status Facebooknya beliau berkata, parlimen merupakan lambang sebuah negara praktis demokrasi, di situlah wakil yang telah dipilih oleh rakyat berbincang dan mencari jalan untuk selesaikan masalah rakyat dan negara.

 

“Politik ini untuk rakyat, bukan soal siapa kerajaan siapa pembangkang. Politik juga bukan perniagaan, tiada istilah untung rugi. Jika politik bagus, rakyat senang negara maju. Jika politik ke laut, rakyat susah negara mundur. Sifir mudah.”

 

Oleh yang demikian, beliau menggesa agar Parlimen dibuka dan bersidang seperti biasa.

 

“Kalau takut sangat sebab 60% Ahli Parlimen sudah berusia, pakailah pakaian pelindung diri (PPE) masa bersidang. Yang penting, dengar isu rakyat. Rakyat tengah susah sekarang ni. Janganlah terlalu seronok dengan kuasa!” tegasnya lagi.

 

Masalah semakin melambak!

 

Banyak isu atau lebih tepatnya masalah yang tidak dapat ditemui jawapan mahupun tindakannya apabila parlimen ditutup seperti kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 22 Februari 2021 lalu, yang menyifatkan demokrasi negara ini telah ‘dikafankan’ selepas Parlimen digantung susulan Proklamasi Darurat.

 

Begitu juga kata mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ia termasuk isu kesenjangan ekonomi, kesihatan mental rakyat, keganasan rumah tangga dan pendidikan.

 

“Ekonomi rakyat semakin terjejas. Harga barangan semakin meningkat. Pendapatan semakin meruncing. Simpanan semakin mengering. Kehidupan rakyat semakin menghimpit dan keluarga hidup sengsara.”

 

Realitinya, telah banyak ahli-ahli politik dan rakyat bersuara dengan tindakan yang dilakukan pemerintahan sekarang, namun adakah segalanya itu diambil peduli oleh mereka? Atau ia sekadar di angin lalu?

 

Barangkali dan boleh jadi, inilah jalan pencerahan kepada menukar kepimpinan yang ada kini?

 

Kita sebagai rakyat terus patuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia, duduk di rumah. Teruskan peperangan kita menghapuskan pandemik yang melanda ini. Rasional dan jalan terbaiknya ialah kita semua perlu melihat bagaimana untuk menghadapinya ke arah lebih baik dan memastikan kes baharu tidak terus meningkat hari demi hari.

 

Ayuh teruslah doa-doa kita kepada Allah agar negara sentiasa dipimpin oleh pemimpin yang menggunakan al-Quran sebagai panduan, agar negara ini ditadbir sebagaimana Allah dan Rasul-Nya inginkan.

 

Terus juga kita doakan dengan sesungguhnya agar Covid-19 ini segera lenyap di bumi Malaysia dan dunia, agar kita semua dapat menjalani hidup yang lebih baik sebagai hamba-Nya yang taat.

 

Kita masih punya kesempatan untuk merubahnya!

 

Atriza Umar
Pegawai Penerangan dan Perhubungan
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia