Kepemimpinan berkesan, tarbiah yang mantap perkukuhkan IKRAM

Presiden IKRAM, Ustaz Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata, struktur dan operasi yang baik serta dilengkapkan dengan tarbiah yang mantap amat perlu dalam membangunkan dan memperkukuh pertubuhan ini. 

“Organisasi ini dibangunkan dengan tarbiah, jadi kita harus memastikan IKRAM kuat dalam menggerakkan perjuangan berdasarkan situasi semasa. Ia perlu mantap dan tidak goyang. Justeru, disiplin penting dalam berdepan dengan tugasan yang diberikan serta tanggungjawab sesama ahli,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi bulanan Amanat Presiden di hadapan kakitangan Ibu Pejabat IKRAM dan institusinya pada Selasa lalu anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM).

Jelas Ustaz Parid lagi, penggunaan sumber manusia dengan berkesan dan melahirkan generasi pelapis yang berkualiti dapat terus mengembangkan perjuangan ini.

“Semua sedia maklum, kita bukanlah badan bukan kerajaan (NGO) yang berasaskan keuntungan. Sumber kewangan kita hanyalah melalui yuran dan sumbangan ahli-ahli bagi memastikan kewangan yang cukup bagi menguruskan perjalanan perjuangan kita.

“Oleh yang demikian, setiap daripada kita dicadangkan agar mempunyai pemikiran ekonomi atau aktiviti yang boleh menjana sumber kewangan,” ujar beliau.

Tambahnya, mengukuhkan organisasi juga bermakna mewujudkan institusi yang berkesan kerana orang juga melihat IKRAM melalui institusi di bawahnya seperti MyCARE, IKRAM MUSLEH dan Hidayah Centre.

“Ini antara pelbagai bidang yang menampakkan prestasi dan perkhidmatan yang kita tawarkan dalam membantu masyarakat dan negara,” katanya.

Dr Parid turut menyarankan keperluan untuk terus membina hubungan yang bersifat dalaman dan luaran, selain keperluan menyediakan golongan pakar (think tank) yang dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah negara yang berjaya.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia