Kepelbagaian etnik tema Aidilfitri Harmoni  

Menurut Pengerusi Gabungan Dakwah Malaysia (GDM), Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah, istimewanya majlis pada tahun ini adalah bertemakan etnik yang pelbagai.

“Sambutan ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat pelbagai bangsa, agama dan latar belakang,” katanya.

Ulasnya, penyertaan pelbagai etnik yang terlibat dalam acara pada hari tersebut merupakan satu inisiatif untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Pada tahun ini, GDM bersama Allied Coordinating Committee of Islamic NGO (ACCIN) dan Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (GASMA) sebagai penganjur akan meraikan golongan kurang bernasib baik, anak-anak yatim, orang tua, orang asli dan saudara baru.

Selain itu, pemimpin-pemimpin tempatan dari pelbagai latar belakang dan ketua-ketua agama dari persatuan Buddha dan Taoisme dilaporkan akan turut hadir.

Juadah tradisional melayu dan masakan Cina Muslim akan dihidangkan kepada penguniung di samping acara seperti persembahan budaya pelbagai kaum dan etnik.  

Majlis akan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang di Masjid Muhammad Al-Fateh, Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur pada 1 Julai 2018.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pn. Che Anizah, (018-3971841) atau En. Shiham (013-4594518).

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia