Kenyataan Media: Himpunan Solidariti Gaza

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru semua ahli-ahlinya dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai Himpunan Solidariti Gaza yang akan berlangsung pada hari Jumaat ini, 18 Julai 2014, pukul 1.30 tengahari. Perhimpunan akan bermula dari Masjid Tabung Haji dan Masjid Asy Syakirin, KLCC dan bergerak ke bangunan Kedutaan Amerika. Perhimpunan ini adalah anjuran beberapa buah organisasi termasuk IKRAM.

Perhimpunan ini diadakan bagi membantah sekeras-kerasnya kezaliman rejim haram Israel yang menyerang bumi Gaza dan membunuh rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa. Rumah dan bangunan penduduk Gaza hancur dan musnah akibat pengeboman yang dilakukan di kawasan penempatan rakyat Palestin.

Perhimpunan bagi mengutuk dan membantah tindakan pengganas Israel telah diadakan di seluruh dunia. IKRAM mengajak seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik untuk turun berhimpun pada hari Jumaat ini bagi menyatakan bantahan kepada rejim Israel. Perhimpunan ini juga adalah bagi menunjukkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin.

Mari kita buktikan solidariti rakyat Malaysia bersama rakyat Palestin!

 

Hj Nahar Md Nor

Setiausaha Agung

Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia