Pada hari Rabu bersamaan 18 Jun 2025 bersamaan 21 Zulhijjah 2025, kami mewakili badan-badan bukan kerajaan (NGO) ingin menzahirkan rasa kasih dan sayang terhadap agama, bangsa dan negara kami.
PREMIS
1. Kami sayangkan agama, bangsa dan negara kami.
2. Kami sedar Malaysia sebagai sebuah negara yang dibina atas kepelbagaian latar samada agama, bangsa dan budaya.
3. Kami sedar bahawa perpaduan rakyat adalah teras yang tidak boleh diketepikan, dirosakkan atau dipermainkan.
4. Kami menolak usaha Payung Besar Kepimpinan Melayu yang bertitik tolak daripada politik kebangsaan yang sempit.
PERNYATAAN HASRAT
1. Kami dengan ini menggerakkan hasrat kesejahteraan yang dinamakan: Gerakan Kesejahteraan Umat Malaysia.
2. Kami mahukan Umat Melayu di Malaysia bersatu melaksanakan agenda dakwah dan kesatuan untuk mencipta kesejahteraan untuk negara kita, Malaysia.
3. Kami menyeru dengan setulus hati kepada setiap lapisan Umat Malaysia samada pemimpin atau masyarakat awam agar berikhtiar mewujudkan :
a) Keperibadian Sejahtera, Kekeluargaan Bahagia dan Persekitaran Sejahtera – Konsep kesejahteraan umat Islam yang menyeluruh melalui hikmah dan kebijaksanaan.
b) Politik Sejahtera – politik yang mengarah kepada kesatuan bukan memecah belah. Tidak bermain dengan sentimen sempit sehingga boleh menimbukan kebencian serta tidak menggunakan bahan fitnah dan adu domba sesama umat.
c) Ekonomi sejahtera – kemakmuran negara dapat dinikmati dan dimanfaat oleh semua kelompok. Tiada yang tercicir atau pun diketepikan samada dari sudut kemudahan mahu pun agihan.
d) Sosial sejahtera – Keadilan sosial dapat ditegakkan. Kehidupan individu mahu pun berkeluarga berada pada kualiti yang dibanggakan.
e) Teknologi sejahtera – keupayaan negara dalam mempelopori teknologi yang mampu memberikan impak kepada kelestarian kehidupan rakyat termasuk pengupayaan media sosial yang lebih harmoni.
f) Tadbir Urus sejahtera – memastikan urusan pentadbiran meliputi kecekapan untuk mengekang gejala rasuah dan ketirisan dapat dibanteras untuk memelihara kesejahteraan hidup rakyat
4. Aspirasi Gerakan Kesejahteraan Umat Malaysia ini akan diperluaskan kepada pelbagai NGO-NGO, Gerakan Sivil, Professional, Ilmuwan dan Agamawan yang menyokong hasrat ini bersama ini demi kepentingan masa depan negara.
Kenyataan ini digagaskan pada hari ini oleh:
1. Pertubuhan WADAH Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
4. Pertubuhan HALUAN Malaysia (HALUAN)
5. Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM)
6. Pertubuhan Kumpulan Profesor G70 (G70)
7. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)
8. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
9. Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Aman (SUARA)
10. Pertubuhan ISLAMI
Aspirasi ini disokong bersama oleh:
1. Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
2. Majlis Agama UMNO Malaysia
3. Parti Amanah Negara (Amanah)
Dikeluarkan oleh Pengerusi Penyelaras:
TUAN HAJI AMIDI BIN ABDUL MANAN
Pengerusi,
Gerakan Kesejahteraan Umat Malaysia.