Kenyataan akhbar Qurban Kasih Ummah 1432H

Tidak lama lagi bulan Zulhijjah akan tiba. Umat Islam dari seluruh pelusuk dunia akan tertumpu kepada Mekah bagi menunaikan salah satu rukun Islam. Bagi kita yang telah pun mengerjakan haji atau belum berkemampuan, peluang untuk bersama merasakan ibadah ini amat terbuka luas. Kehadiran Eidul Adha juga bermakna peluang untuk berqurban datang lagi. Amalan yang bukan sahaja disukai, malah dicintai oleh Allah swt, sepertimana yang disabdakan dalam Hadith Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim:

“Tidak ada satu amalan yang paling dicintai Allah SWT daripada Bani Adam a.s. ketika Hari Raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan qurban”.

InsyaAllah, sekali lagi kita berpeluang untuk beramal di samping membantu umat Islam di negara-negara yang memerlukan bagi tahun yang ke 13. Buat julung kalinya, IKRAM, JIM dan KIMB bergabung tenaga menganjurkan Program Qurban Kasih Ummah 1432H. Sasaran kita pada kali ini ialah 400 ekor lembu dan 100 ekor kambing untuk diagihkan ke 17 buah negara umat Islam.

Kami menyeru kepada tuan/puan untuk bersama-sama menyertai dan menjayakan program ini. Keunikan qurban kami ialah qurban itu dilaksanakan kepada mereka yang amat memerlukan di 17 buah negara. Penyertaan tuan/puan amat besar ertinya kepada penerima yang sangat mendambakan santunan daripada kita semua.

Tautan ukhuwwah yang bakal terjalin melalui program ini akan melahirkan kesyukuran di hati penerima. Testimoni daripada perlaksanaan qurban pada tahun-tahun lepas membuktikan bahawa qurban ini memberi makna yang cukup besar bagi kehidupan mereka. Pastinya ini mengamit doa yang berterusan daripada penerima untuk anda yang telah menyumbang.

Penyertaan qurban ini hanya dilakukan oleh orang yang terpilih oleh Allah swt. Tiadalah kesanggupan melakukannya melainkan ke atas orang yang benar-benar bertaqwa dan juga bertawakal kepada Allah sahaja. Semoga dengan ibadah qurban ini maka akan lahirlah keinsafan dalam diri kita untuk turut berkorban dijalan Allah walaupun pengorbanan kita tidak sehebat pengorbanan Nabi Ibrahim as dan anaknya.

Daging dan darah binatang qurban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.”(Surah al-Hajj ayat 37)

Ibadah buat kita, kegembiraan buat mereka.  Ganjaran dari Allah bagi kita sementara kesejahteraan bagi mereka. Segeralah bersama kami  menjalankan ibadah qurban. Semoga ibadah qurban kita mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT, dengan mengambil iktibar dari ayat 2, surah Al Kauthar:Gambar utama: Sekretariat Qurban bersama Team Aqsa Syarif yg turut serta bersama kempen Qurban Kasih Ummah

”Kerana itu dirikanlah solat dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana Tuhanmu.”

 

Tuan Yaacob Tuan Sof

Pengarah Program Qurban Kasih Ummah 1432H

Gambar utama: Sekretariat Qurban bersama pihak Aqsa Syarif yang turut serta bersama kempen Qurban Kasih Ummah

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia