Kenapakah Israel mahu merampas lagi wilayah Palestin?

Sebenarnya rancangan kerajaan Israel ini tidaklah memeranjatkan sangat. Bahkan ianya memang menjadi sebahagian daripada objektif utama golongan Zionis semasa mereka menubuhkan negara haram Israel pada tahun 1948.

 

Bagi mereka, penubuhan negara tersebut tidak sempurna jika seluruh Tebing Barat (yang diberi nama Judea and Samaria oleh mereka) tidak di bawah kawalan mereka sepenuhnya.

 

Hakikatnya ialah semua langkah-langkah yang diambil oleh Israel semenjak penubuhannya adalah menjurus kepada usaha merampas keseluruhan Tebing Barat.

 

Perkara ini mudah difahami jika kita lihat bagaimana pihak Zionis mengadakan perjanjian damai Oslo 1993 dan selepas itu membenarkan penempatan haram Zionis d Tebing Barat bertambah pada masa yang sama, walaupun langkah itu bertentangan dengan perjanjian tersebut.

 

Perancangan jahat pihak Zionis ini mendapat suntikan tenaga baru apabila Presiden Donald Trump mengumumkan rancangan ‘Deal of The Century‘ baru-baru ini.

 

Di bawah rancangan tersebut, Israel diberi kebenaran mengambil alih dan mengawal sepenuhnya 30 peratus daripada Tebing Barat, termasuk Lembah Jordan sebagai harga yang perlu dibayar oleh pihak Palestin untuk mewujudkan sebuah negara mereka sendiri.

 

Perlu dinyatakan, negara Palestin yang ditawarkan adalah tidak masuk akal, kerana ianya terdiri daripada kawasan-kawasan kecil yang terpisah-pisah (disebut sebagai bantustan) dan dihubungkan dengan semenanjung Gaza dengan satu terowong.

 

Rancangan ini sudah tentu amat merugikan pihak Palestin dan sangat menguntungkan pihak Israel. Maka tidak hairanlah kenapa Presiden Trump, yang sekarang ini sangat tidak popular dalam kalangan rakyat Amerika Syarikat, sebaliknya adalah sangat popular dalam kalangan rakyat Israel di mana lebih 70 peratus daripada mereka memandang tinggi kepada beliau.

 

Mereka yang tidak memahami sejarah fahaman Zionis dan sejarah penubuhan negara haram Israel akan sentiasa merasakan bahawa suasana damai antara Palestin dan Israel mungkin berlaku jika kedua-dua pihak adalah serius.

 

Namun, sesiapa yang memahaminya akan sedar bahawa pihak Zionis Israel adalah tidak berminat dengan perdamaian. Sebenarnya apa yang mereka mahu ialah terus memiliki Baitul Maqdis, serta mengawal 100 peratus sebahagian besar daripada Tebing Barat dan juga Lembah Jordan.

 

Mereka juga mahu memastikan pihak Palestin dalam keadaan yang semakin lemah dan tidak mampu menyekat perancangan jahat mereka.

 

Semua ini sudah wujud dalam kefahaman golongan Zionis dan menjadi wawasan mereka semenjak daripada penubuhan negara haram Israel. Cuma, ianya tampak semakin jelas apabila pihak golongan kanan dalam kalangan masyarakat Zionis Israel menjadi lebih berpengaruh pada akhir dekad 70-an dan menyuarakan hasrat mereka secara terbuka.

 

Bukti kepada semua ini ialah usaha yang lebih gigih untuk mewujudkan penempatan-penempatan Yahudi di Tebing Barat di atas tanah yang dirampas daripada rakyat Palestin, iaitu satu usaha yang mendapat sokongan kebanyakan rakyat Israel tanpa mengira sama ada mereka adalah beragama Yahudi atau sekular.

 

Yang membezakan mereka hanyalah bilakah masa yang paling sesuai untuk merampas tanah-tanah Palestin di Tebing Barat secara formal.

 

Dengan terlantiknya Presiden Trump dan dengan pengumuman ‘Deal of the Century‘ oleh beliau, maka bagi pihak Zionis, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba.

 

Israel sekarang merasakan bahawa adalah selamat untuk melakukan rampasan wilayah Tebing Barat secara formal kerana pihak kerajaan Amerika bersedia menyokong langkah itu serta mengiktiraf langkah Israel merampas keseluruhan Baitul Maqdis serta Bukit Golan (Golan Heights).

 

Bagi Benjamin Netanyahu pula, langkah-langkah di atas adalah penting, kerana dengan cara itu beliau akan dilihat sebagai pemimpin Israel yang paling berjaya dalam usaha mewujudkan ‘Israel Raya’ (Greater Israel).

 

Pada masa yang sama, kejayaan ini mungkin akan membantu beliau melepaskan diri daripada tuduhan salah guna kuasa dan korupsi yang dalam proses perbicaraan di mahkamah Israel sekarang ini.

 

Oleh kerana apa yang dirancang di atas adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, sepatutnya masyarakat antarabangsa akan berupaya menyekatnya.

 

Namun, malangnya pendirian masyarakat antarabangsa berkenaan isu ini juga agak lemah kerana banyak kerajaan sedang menghadapi masalah politik dan kewangan dalaman akibat pandemik COVID-19.

 

Tambahan pula, beberapa negara Arab terutama sekali UAE adalah cenderung untuk berkerjasama dengan Israel dan mengadakan normalisasi hubungan dengan Israel kerana mereka merasakan Israel dan Amerika akan membantu kerajaan mereka dalam menghadapi ancaman dari Iran serta ancaman golongan pro-demokrasi di dalam negara mereka sendiri terutama daripada kumpulan Ikhwan Muslimin.

 

Pada bulan Julai, Benjamin Netanyahu berkemungkinan akan membentangkan rancangan kerajaannya untuk merampas wilayah Palestin kepada parlimen Israel (Knesset) untuk kelulusan.

 

Kerajaan Amerika di bawah kepimpinan Trump dijangka akan mengiktiraf keputusan Knesset itu nanti, tanpa mengira sama ada pihak Palestin di bawah pimpinan Mahmud Abas atau di bawah pimpinan Ismail Haniyeh bersetuju atau tidak dengan keputusan tersebut.

 

Oleh itu, adalah penting bagi masyarakat antarabangsa terus menentang rancangan Israel untuk merampas wilayah Palestin. BDS Malaysia mengajak rakyat Malaysia bersama dengan Gerakan BDS antarabangsa dalam usaha meyakinkan kerajaan di seluruh dunia untuk terus memboikot Israel.

 

Gerakan BDS antarabangsa dan Gerakan Global South telah mengeluarkan satu kenyataan terbuka mengutuk perancangan jahat kerajaan Israel untuk merampas wilayah Palestin serta polisi aparteid yang diamalkan olehnya terhadap rakyat Palestin.

 

Alhamdulillah, BDS Malaysia telah berjaya mengumpulkan sokongan kepada kenyataan Global South ini daripada puluhan ahli akademik bertaraf profesor beberapa universiti di Malaysia, serta pengerusi kepada puluhan NGO di Malaysia dan puluhan ahli Parlimen daripada pelbagai parti politik.

 

Adalah diharapkan usaha ini akan membantu mengekalkan polisi terpuji kerajaan Malaysia untuk terus tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel dan memboikotnya sehingga tiga tuntutan di bawah di penuhi:

 

1. Israel mesti menghentikan serta merta polisi menduduki sebarang wilayah Palestin di Tebing Barat serta polisi kejamnya mengepung Gaza.

2. Israel mesti membenarkan semua pelarian Palestin pulang ke tanah air mereka selaras dengan resolusi 194 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang telah diluluskan sejak tahun 1948.

3. Israel mesti memberikan hak sama rata dan keadilan sepenuhnya kepada rakyat Palestin yang menjadi warganegaranya.

 

Profesor Dr Mohd Nazari Ismail, Pengerusi BDS Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia