Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bangunkan Jiwamu Bersama IKRAM

IKRAM membangunkan jiwa insan melalui pembaikan diri dan peningkatan rohani untuk mengislah masyarakat, melaksanakan amar makruf serta mencegah kemungkaran.
IKRAM mendokong pembangunan Negara Rahmah dengan cara yang adil untuk kedamaian dan kemakmuran insan serta kelestarian alam sekitarnya. 
Bersama-samalah kita menyokong masyarakat dalam perjalanan mulia ini!

Terokai Nilai Organisasi

IKRAM membantu rakyat Malaysia yang mencari ilmu Islam yang sebenar dan ingin menjadi sebahagian daripada komuniti yang dipercayai. Kami menyediakan kefahaman dan persekitaran yang baik supaya mereka dapat keluar daripada keraguan dan salah faham dalam kehidupan. Ini membolehkan mereka menjalani dan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar dan berusaha untuk mempertahankan dan menegakkan kebenaran, agar terbina sebuah Negara Rahmah yang diimpikan.

KAMI Bina Komuniti RAHMAH

Sejarah Kami

Pada 22 Oktober 2009, sebuah asas telah diletakkan dengan penuh keimanan, keyakinan dan keikhlasan serta tekad untuk membentuk masyarakat yang sejahtera dan rahmah.

Dari sinilah ia berkembang menjadi satu gerakan yang kita kenali pada hari ini sebagai Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang berusaha menjadi sumber inspirasi, panduan dan daya penyatuan yang menyinari rakyat Malaysia.

Visi

Malaysia Negara Rahmah

Malaysia Negara Rahmah ialah sebuah negara yang memanifestasikan sifat penyayang Allah SWT kepada makhluk-Nya dan ditadbir selaras dengan syariat-Nya.

Di bawah naungannya, rakyat hidup bahagia, saling mengasihi, menghormati dan bekerjasama untuk membangunkan negara yang aman, maju, makmur, sejahtera dan diberkati dalam kepelbagaian agama, bangsa, latar belakang dan budaya.

Inilah Negara Rahmah yang menjadi visi IKRAM, selari dengan konsep Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur (Negara yang baik dan Tuhan Maha Pengampun).

Misi

Menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara yang aman, makmur, sejahtera dan diberkati

DAKWAH
Menyebar kefahaman Islam yang sebenar kepada seluruh masyarakat Malaysia.

TARBIAH
Membina peribadi Muslim qudwah yang soleh lagi musleh serta mampu memimpin perubahan.

KHIDMAT
Mengambil berat dan membela kebajikan golongan yang memerlukan.

ISLAH
Menggerak, mempromosi dan menyokong inisiatif perubahan yang berkesan dan bermanfaat.

PENGIKTIRAFAN KEPADA IKRAM

Harmoni

Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama

Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) bagi sesi 2023-2024.

HIKAM

Himpunan Gerakan Islam Malaysia

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan agensi di bawahnya akan bekerjasama dengan Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) sebagai Rakan Strategik dalam usaha untuk pembangunan kefahaman Islam serta pemantapan pendakwah yang membawa mesej keadilan, kecemerlangan, keseimbangan dalam Islam.

APPGM

The All-Party Parliamentary Group Malaysia

Hj Badlishah, Presiden IKRAM telah dilantik untuk menjadi anggota kepada The All-Party Parliamentary Group Malaysia (APPGM) berkaitan Integriti, Tadbir Urus, dan Anti-Rasuah. Penubuhan APPGM bertujuan untuk menjamin perubahan sistemik dan perundangan yang meningkatkan integriti, tadbir urus dan usaha anti-rasuah di Malaysia.

Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan

Prof Dr Omar Yaakob (Ketua Pendidikan IKRAM), telah dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (Sesi 2023 – 2025).

Anugerah Khas MADANI 2023

IKRAM dipilih untuk menerima Anugerah Khas KASIH MADANI 2023 kategori Badan Bukan Kerajaan – Inisiatif Mesra Keluarga dalam Majlis Pelancaran Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan (BKK 2023) di Dataran Putrajaya, disampaikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

APA KATA MEREKA MENGENAI IKRAM?

Faris Nazrin yang perkenalkan dengan IKRAM.

Ikhwah sempoi.
Jaulah yang memperkenalkan di antara ahli keluarga walaupun saya bukan ahli IKRAM.

Program santai & best!

Muin Sani

Di sinilah kami belajar mengenal Islam sebagai cara hidup bukan sekadar agama yang diwarisi.

Alhamdulillah masih istiqamah bersama IKRAM.

Fauziah Zainuddin

Dari darjah satu bersekolah di sekolah rangkaian IKRAM sampai tingkatan lima, lepas itu masuk universiti dan sempat sertai usrah IKRAM. Kemudian bila kembali mengajar di sekolah rangkaian IKRAM dan bila bertukar mengajar tempat lain pun masih bersama dengan usrah IKRAM.

Aqilah Musari

IKRAM & Ukhuwah Teras Kegemilangan melangkaui sempadan. Teringat Misi Bantuan Aqsa Syarif 2012 ke Gaza demi berjuang untuk rakyat Palestin dengan sumbangan dari rakyat Malaysia yang disampaikan terus kepada penduduk Gaza. Sekarang lebih luas ke negara lain dengan MyCARE.

Moga IKRAM terus maju membela ummah dan rahmah sekalian alam.

Ummuubadah Hayat

Jawatankuasa Pusat IKRAM Sesi 2022-2026

Hj Badlishah Sham bin Baharin

Presiden

Jusni bin Yusoff

Timbalan Presiden

Prof Dr Hanim binti Salleh

Naib Presiden

Ustaz Hj Burhanuddin bin Lukman

Naib Presiden

Hj Shahrul Aman bin Mohd Saari

Setiausaha Agung

Hj Ismail Yusoff bin Awang

Bendahari

Ustazah Hjh Sallawahiu binti Mohd Salleh

Ketua Wanita IKRAM

Khairul Anuar bin Kamaruddin

Ketua IKRAM Muda

Khubaib bin Azahari

Penolong Setiausaha Agung

Ustaz Dr Hj Syazalie Hirman bin Ahmad Najib

Tarbiah dan Modal Insan

Ustaz Dr Hj Hajar bin Opir

Hal Ehwal Ahli Luar Negara

Dr Hjh Diana binti Katiman

Hal Ehwal Ahli Luar Negara

Dr Maznah binti Ahmad

Kebajikan Ahli

Dr Hjh Sabariah binti Baharun

Agenda Nasional (Perpaduan Nasional)

Prof Dr Hj Omar bin Yaakob

Pembangunan Institusi

Hj Ainullotfi bin Abdul Latif

Agenda Nasional (Masyarakat Progresif)

Mohammad bin Abdul Hamid

Agenda Nasional (Kemakmuran Ekonomi)

Hj Roslan bin Mohamad

Pendidikan Masyarakat

Hj Azman bin Abd Rashid

Komunikasi Strategik

Ahmad Ammar bin Ahmad Termizi

Hal Ehwal Mahasiswa

Hj Mohd Fadzil bin Salleh

Pemerkasaan Ekonomi, Tarbiah dan Modal Insan

Dr Hj Hasbullah bin Ashari

Penglibatan Strategik

Adakah anda mendapat inspirasi dengan visi kami untuk melahirkan negara yang rahmah? Mahukah anda menjadi sebahagian daripada perjalanan transformasi ini?

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia