Kempen Help Yemen sasar bantuan kemanusiaan RM4.6 juta

 Dalam sidang media hari ini, Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, kempen itu bertujuan mengumpul RM4.6 juta untuk membantu 22,000 pelarian dalam negara (IDPs) yang terjejas teruk dan memerlukan bantuan kemanusiaan terutama makanan, tempat perlindungan dan penjagaan kesihatan.

 

 

 

“Sejak keganasan yang meletus pada akhir Mac 2015, Yaman kekal menjadi negara yang berdepan dengan krisis kemanusiaan terburuk di dunia,” jelas beliau.

 

Tambahnya, konflik lebih enam tahun itu menyebabkan kemerosotan ekonomi, keruntuhan institusi yang mengakibatkan 24 juta orang (80 peratus penduduk) memerlukan bantuan dan perlindungan kemanusiaan serta 13.5 juta orang menghadapi masalah sekuriti makanan.

 

Selain itu, laporan UNICEF 2020 melaporkan bahawa 4.4 juta warga Yaman kehilangan tempat tinggal yang mana 73 peratus daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak, serta hampir 3.6 juta kanak-kanak di bawah lima tahun kekurangan zat makanan.

 

Sementara itu, lebih 2 juta kanak-kanak tidak bersekolah di seluruh negara yang menyumbang kepada peningkatan buruh kanak-kanak.

 

 

 

“Masanya telah tiba untuk kita memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Yaman yang telah menjadi pelarian domestik.”

 

Menurut Dr Hafidzi, Kempen Help Yemen dinaungi kedutaan Yaman dengan kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA), MyCARE, HALUAN, Global Peace Mission (GPM), ALTAWASUL, INSAN dan masyarakat Yaman di Malaysia.

 

Duta Yaman ke Malaysia, Dr Adel Mohamed Ali Ba Hamid yang turut hadir dalam sidang media kempen itu menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia, NGO-NGO dan rakyat Malaysia yang sentiasa membantu rakyat Yaman.

 

Dalam sidang media itu juga, Pengarah Urusan Sabasun Hyperuncit, Che Salmi Che Ibrahim menyerahkan replika cek sumbangan berjumlah RM20,000 untuk kempen Help Yemen kepada Dr Adel. Turut hadir Ketua Jawatankuasa Penyelarasan Kempen, Profesor Dawood Abdulmalek al-Hidabi dan wakil-wakil NGO yang bekerjasama.

 

Mereka yang ingin menyumbang dalam tabung Help Yemen melalui MyCARE, sila layari pautan donate.mycare.org.my/c/yaman atau akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad (CIMB 8602135592) dengan rujukan ‘Help Yemen’.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia