KeMI: Manfaatkan ledakan teknologi untuk dakwah

“Ledakan teknologi sekarang semakin pantas dan laju. Pada masa hadapan, kita tidak boleh sampaikan dakwah hanya melalui ceramah di masjid sahaja. Sebagai dai, kita perlu kekal relevan, perlu mengambil kesempatan dalam ledakan teknologi hari ini untuk masa hadapan,” ujar Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim dalam ucapan perasmian.

Sebagai penggerak media juga seorang dai jelasnya, amat perlu untuk sentiasa ke hadapan dalam mengikuti juga menguasai perkembangan semasa supaya tidak ketinggalan dan dakwah ini dapat disebarkan dengan berkesan.

    

Perkongsian Muharikah, Nur Arinah dan Nur Syazwani

“Wanita IKRAM Pusat berharap agar media Wanita IKRAM di negeri dan kawasan dapat berfungsi dan bergerak dengan lebih laju selepas menghadiri kursus hari ini,” kata Timbalan Ketua Wanita IKRAM, Dr Hafidzah Mustakim yang juga Ketua Biro Media Wanita Pusat merangkap penasihat bagi program ini.

Menurut Pengarah KeMI, Nurul Faizah Abd Hamid, kursus lanjutan kali ini lebih memfokuskan kepada pelatihan pengurusan web serta rakaman video dan video lintas langsung (live) dan memobilisasikan sukarelawan media wanita di setiap kawasan dan negeri.

Peserta turut dihidangkan dengan slot-slot yang menarik antaranya media dan peranannya dalam menjayakan dakwah masa kini yang disampaikan oleh penulis buku Kanvas, Muharikah atau nama sebenarnya Dr Nur Aisyah Zainordin.

“Perlu kerap ke seminar-seminar media supaya ilmu media kita meningkat. Sebab media ini sentiasa evolve!,” jelasnya.

Menurut Faizah ketika menyampaikan pelatihan web wanita, kita perlu kongsikan apa yang berkaitan dengan diri audiens, yang kena dengan masyarakat sekarang seperti isu semasa dan nasihat-nasihat yang relevan.

    

Peserta sedang menjalani latihan secara teori dan praktikal

“Saya selalu tekankan untuk ambil tahu siapa audiens kita. Bila kita tahu siapa audiens, kita lebih mudah untuk hasilkan kandungan (content) yang bersesuai kerana kandungan bergantung pada cara audiens kita melihat, berkomunikasi dan berfikir,” kata Cik Nur Arinah Zainordin yang juga CMO Imanshoppe.

Beliau turut menjalankan demonstrasi aplikasi rakaman video secara live menggunakan Periscope, FB Live dan Youtube Live, manakala Cik Nur Syazwani Ab Wahid daripada IKRAMedia Pusat mengisi slot seterusnya iaitu latihan rakaman video.

Kursus diakhiri dengan ucapan penutup oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Media IKRAM, Prof Madya Hj Mohamad Saidy Ismail mengenai kepentingan penggerak media dihimpunkan dan peranan sebenar seorang penggerak media.

Lagi foto KeMI: http://bit.ly/2fr8AoM

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia