Kemelut Politik Malaysia: Mencari Titik Kestabilan

Kemelut Politik Malaysia: Mencari Titik Kestabilan | IKRAM

Di tengah-tengah demokrasi kontemporari, terdapat tanggapan bahawa tujuan Pilihan Raya Umum (PRU-15) dilaksanakan adalah untuk memilih pemimpin seterusnya mendapat Perdana Menteri yang baharu.

Tahukah kita pada 2017 lalu, Ireland Utara tidak mempunyai kerajaan tempatan selepas timbalan perdana menterinya, Martin McGuinness meletak jawatan berikutan perbalahan berhubung projek tenaga yang tidak dilaksanakan dengan baik.

Situasi sedemikian mungkin kelihatan luar biasa, tetapi ketiadaan kepimpinan di peringkat pusat tidak menjejaskan perkhidmatan awam, rakyat tetap menjalankan rutin harian mereka secara normal.

Walaupun keadaan ini kekal luar biasa, kedudukan Ireland Utara bukanlah unik kerana ia akan membuatkan orang yang ragu-ragu mempersoalkan kepentingan mempunyai kerajaan sama sekali, jika kita nampak boleh bertahan dengan mudah dan tanpanya.

Negara Tanpa Kerajaan

Contoh pada tahun yang sama, Jerman tidak mempunyai kerajaan baharu sejak pilihan raya persekutuan yang tidak muktamad pada akhir September. 

Walaupun perbincangan disambung semula, pelantikan menteri baharu dalam kerajaan tidak berlaku sehinggalah selepas berbulan-bulan.

Di Belgium, tempoh paling lama ketiadaan kerajaan yang dipilih telah direkodkan dalam demokrasi sedia ada.

Ini adalah rekod selepas pertikaian meletus pada 2010 dan 2011 antara tokoh Flemish berbahasa Belanda dan tokoh Walloon berbahasa Perancis, yang membawa kepada kekosongan kerajaan yang telah berlangsung selama 589 hari setakat ini.

Untuk sepuluh bulan pertama 2016, Sepanyol mengalami situasi yang sama, kerana ia kekal tanpa kerajaan pusat sehingga sosialis pembangkang mengundi secara praktikal untuk membenarkan konservatif, iaitu Parti Popular membentuk kerajaan minoriti.

Tidak sukar untuk mencari contoh lain di luar Eropah antaranya, negara Somalia telah menderita sejak 19 tahun yang lalu kerana ketiadaan kerajaan pusat, iaitu dari tahun 90an hingga alaf baru, apabila ia diperintah oleh militia puak, kumpulan lanun dan militan Islam.

Di Iraq, ia kekal tanpa kerajaan pusat untuk sebahagian besar tahun 2010, yang membawa kepada kebimbangan bahawa pemberontak mungkin mengambil kesempatan daripada kebuntuan kerajaan berikutan pengurangan kehadiran tentera AS.

Tetapi apakah ertinya ketiadaan kerajaan di negara yang mempunyai institusi yang mantap, yang tidak berperanan?

Implikasi Negatif

Walau bagaimanapun, terdapat sekurang-kurangnya tiga akibat negatif yang memberikan kesan terhadap negara jika negara tiada kerajaan.

Pertama, tanpa adanya perdana menteri dan ahli parlimen, terdapat risiko keputusan yang tidak diingini berlaku. Kedua, negara tidak dapat membuat keputusan untuk hal ehwal domestik dan antarabangsa.

Seterusnya, situasi ini bermakna Perdana Menteri ‘Caretaker” (sementara) masih berurusan dengan keputusan yang dibuat oleh pengundi pada 2018 dan bukannya menangani isu yang dibangkitkan terkini.

Berikutan itu, ia memberikan impak kepada keadaan yang lainnya hingga melibatkan kelancaran ekonomi, pelabur, manakala emosi rakyat pula terjejas.

Apabila situasi meletus seperti ini, boleh jadi negara terpaksa mewujudkan kerajaan teknokrat seperti kerajaan Mario Monti di Itali antara 2011 dan 2013. Oleh itu, pakar dilantik sebagai ganti ahli politik untuk membuat keputusan selepas kejatuhan kerajaan Silvio Belconi.

Berita baiknya ialah tidak ada sebab untuk berfikir bahawa masyarakat akan meletup dalam kes Ireland Utara. 

Tetapi bahayanya ialah kerajaan pusat di London akan memilih untuk mengenakan peraturan langsung ke atas Ireland Utara, memandangkan kekosongan kerajaan yang dialami.

PM10: Tiada Keputusan

Buat pertama kalinya Malaysia menghadapi situasi pemilihan Perdana Menteri yang lama. Kini, sudah hari kelima selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada 19 November baru-baru ini.

Sehingga kini tiada gabungan pun yang berjaya mempersembahkan calon Perdana Menteri mereka. Ini berikutan tiada satu pun daripada tiga gabungan utama berjaya memperoleh kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Satu persatu ketua parti pun sudah menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tiada keputusan yang dapat dibuat bagi menentukan siapakah Perdana Menteri ke-10, Malaysia.

Pagi ini pula, Agong sedang mengadakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara bagi membincangkan pembentukan kerajaan perpaduan dan PM ke-10.

Setiap detik, rakyat seakan ternanti-nantikan siapakah yang bakal meneraju negara selepas PRU15.

Menurut Pensyarah,Fakulti Undang-Undang, Universiti Multimedia Malaysia (MMU) Kampus Melaka, Dr Hafidz Hakimi Haron, institusi Perdana Menteri pada asasnya mempunyai sejarah yang panjang, dan telah berevolusi sejak 250 tahun yang lalu. 

Namun jelasnya, institusi Perdana Menteri yang diamalkan di Malaysia pada hari ini adalah berdasarkan model Westminster British yang mula diperkenalkan secara rasmi sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

“Secara umumnya, jawatan Perdana Menteri adalah jawatan yang terpenting dalam Perlembagaan Persekutuan atas kapasitinya sebagai ketua kerajaan. Di peringkat negeri pula, jawatan ketua kerajaan disandang oleh Menteri Besar ataupun Ketua Menteri,” kata beliau yang juga pakar undang-undang perlembagaan,hak asasi manusia, media dan juga siber.

Justeru, menurut Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri dilantik atas budi bicara Yang Dipertuan Agong yang berperanan sebagai ketua negara.

Manakala, Perkara 43(2) pula menetapkan bahawa Perdana Menteri haruslah dilantik dalam kalangan ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan tersebut.

Malaysia mempunyai 222 kerusi parlimen, tetapi pilihan raya diadakan hanya untuk 220 kerusi pada Sabtu lalu, manakala satu kerusi Parlimen Baram, Sarawak pada Isnin lalu dan kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah pada 7 Disember.

Tamatkan Ketidaktentuan

Sebilangan rakyat Malaysia berharap dapat menamatkan gelombang ketidaktentuan politik yang telah membawa kepada tiga perdana menteri di tengah-tengah situasi ekonomi yang tidak menentu dan pandemik yang melanda.

Tinjauan ekonomi dan tekanan inflasi yang semakin meningkat adalah isu utama yang datang di tengah-tengah pertumbuhan yang dijangka perlahan.

Tentunya rakyat Malaysia kecewa dengan ketidakstabilan politik yang terjadi yang telah mengalihkan tumpuan ahli politik daripada pembangunan ekonomi negara yang sejak 2020.

Malaysia berdepan parlimen yang tergantung buat pertama kali dalam sejarahnya, kerana sokongan pakatan konservatif Islamis menghalang gabungan utama daripada memenangi majoriti mudah dalam pilihan raya umum.

Situasi yang terjadi selepas PRU15 ini akan membuatkan persoalan demi persoalan di benak rakyat yang mungkin timbul: Adakah kita melakukan pilihan raya tetapi masih juga tidak mengangkat pakatan yang menang?

Ayuh, bersama kita selamatkan Malaysia.

Atriza Umar
Pegawai Jabatan Penyiaran dan Multimedia
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia