Kemelut MB Selangor: Keputusan PAS dialu-alukan

IKRAM percaya keputusan ini membolehkan “Sistem Dwiparti” terus dilaksanakan. Sistem semak dan imbang ini telah membawa kesan yang baik kepada kematangan politik negara bagi memastikan ketelusan, tadbir-urus yang baik, keadilan dan kesejahteraan rakyat.

Ia juga mencerminkan hasrat PAS untuk terus berusaha memastikan perjuangan memartabatkan dan mengukuhkan suara Islam melalui Pakatan Rakyat, di samping menjaga kesatuan saf mereka.

IKRAM  tetap menyokong semua usaha mendaulatkan syariat sesuai dengan tuntutan akidah, dakwah dan ukhuwah.

IKRAM juga berharap kemelut transisi kepemimpinan negeri Selangor dapat diuruskan dengan lancar, sejajar dengan prinsip demokrasi berparlimen dalam sebuah negara raja berperlembagaan.


Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia