Kembara Dakwah Paitan: HCF Komited Santuni Mualaf dan Komuniti Pedalaman Sabah

Kembara Dakwah Paitan: HCF Komited Santuni Mualaf dan Komuniti Pedalaman Sabah

PAITAN – Hidayah Centre Foundation (HCF) sekali lagi menganjurkan Program Kembara Dakwah Sabah yang membawa beberapa penyumbang terpilih bersama pegawai HCF menelusuri pedalaman Paitan untuk menjalankan misi dakwah dan kebajikan.

Kembara kali kedua yang berlangsung pada 22 hingga 25 Ogos lalu adalah untuk menyantuni masyarakat pedalaman khususnya para mualaf sambil memberi peluang kepada peserta untuk merasai pengalaman dakwah secara langsung bersama para dai HCF di lapangan.

Rombongan ke destinasi HCF Cawangan Beluran ini terdiri daripada enam peserta dan tiga kakitangan HCF yang dipandu oleh pegawai HCF Kota Kinabalu, Zulfika Sahinin. Aktiviti yang dijalankan merangkumi sesi perkongsian ilmu oleh CEO HCF (Joannes Lukas), ziarah rumah ke rumah, sukaneka serta sesi penyerahan sumbangan.

Acara sukaneka dimeriahkan dengan pertandingan lastik botol bagi peserta lelaki, kupas pinang bagi peserta wanita dan mengisi air dalam botol bagi kanak-kanak, yang menceriakan suasana sambil mengeratkan hubungan antara peserta dan penduduk kampung.

Peserta dibawa menziarahi beberapa kampung termasuk Kampung Dampiron, Kampung Ulu Talidusun, Kampung Solan Sugun dan Kampung Kuala Lingkabau. Selain itu, mereka turut dibawa melawat ke Masjid Al-Hidayah, Ladang Tea, Desa Dairy Farm Kundasang dan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Peserta kembara menyatakan bahawa pengalaman mengembara ini menyedarkan tentang betapa perlunya para mualaf kepada sokongan menyeluruh, bukan sahaja dari segi ilmu agama tetapi juga moral dan kebajikan. Cabaran perjalanan ke pedalaman tidak menghalang pasukan HCF untuk menyantuni masyarakat dengan baik.

Penduduk kampung pula menyambut baik kehadiran rombongan, gembira dengan perkongsian ilmu dan sumbangan yang diterima. Perkongsian ini membuatkan mereka berasa lebih dekat dengan agama dan memahami ajaran Islam dengan lebih baik. 

Program Kembara Dakwah Paitan 2025 bukan sahaja membuka peluang peserta merasai pengalaman dakwah secara langsung, tetapi juga menjadi wadah untuk menyebar cahaya ilmu dan harapan kepada komuniti pedalaman Sabah.

Menurut HCF, sumbangan orang ramai memainkan peranan penting dalam menjayakan misi sebegini. Mereka yang ingin menyokong aktiviti dakwah dan kebajikan HCF boleh menyalurkan sumbangan melalui:

  • infaqhidayah.com
  • jomansar.com
  • Maybank: 5622 0962 4421 (The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered)
  • Bank Islam: 1211 3010 0494 33 (Hidayah Centre Foundation)

Ayuh sama-sama kita menjadi sebahagian daripada usaha murni ini. 

Tonton video kembara

Lihat foto Hari 1 | Hari 2 | Hari 3

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia