Kembalinya Dr Yusuf al-Qaradawi Ke Rahmahtullah – IKRAM Malaysia Ucap Takziah

Kematian Dr Yusuf al-Qaradawi: IKRAM Ucap Takziah | IKRAM

“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun.” (Al-Ahzab: 23)

Kami di Pertubuhan IKRAM Malaysia menerima dengan hati yang penuh reda dengan ketetapan dan takdir Allah berita duka kematian Almarhum Al-Allamah Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi, Ketua Pengasas Kesatuan Ulama Islam Sedunia pada usia 96 tahun.

Kami bersaksi bahawa beliau menghabiskan seluruh hidupnya untuk mendukung agama Allah, menyebarkan ajaran Islam dan menjelaskan tentang hukum-hukum syariat Islam, serta mempertahankan umat Islam.

Beliau merupakan salah seorang tokoh terkemuka umat Islam pada era kini dalam bidang keilmuan, dakwah dan jihad, dan beliau adalah salah seorang pemikir Islam yang dibezakan dengan sikap moderat dan sederhana, dan menggabungkan ketentuan syariat dan keperluan zaman.

Kami memohon kepada Tuhan Yang Maha Esa agar mencucuri roh beliau dengan rahmat-Nya, menempatkannya di syurga Firdaus yang tertinggi dan menghimpunkannya dengan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin, yang menjadi sebaik-baik teman di sana.

Haji Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia
27 September 2022

[Versi Bahasa Arab]

بسم الله الرحمن الرحيم

قال تعالى: {منَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا} صدق الله العظيم

فقد تلقينا نحن في منظمة إكرام ماليزيا بقلوب مفعمة بالرضا بقضاء الله وقدره نبأ وفاة سماحة الشيخ العلامة الداعية الدكتور يوسف القرضاوي، الرئيس المؤسس للاتحاد العالمي لعلماء المسلمين عن عمر يناهز 96 عاماً، فنشهد أنه قد وهب حياته نصرة لدين الله ولنشر تعاليم الإسلام، ومبيناً لأحكام الشريعة الإسلامية، ومدافعا عن أمته، وهو أحد أعلام الأمة المسلمة البارزين في العصر الحاضر في مجالات العلم والدعوة والجهاد، وهو من المفكرين الإسلاميين القلائل الذين يتميزون بالاعتدال والوسطية، ويجمعون بين محكمات الشرع ومقتضيات العصر.

نسأل الله تعالى أن يتغمده بواسع رحمته ويسكنه الفردوس الأعلى من الجنة، وأن يلحقه بالنبيين والصديقين والشهداء والصالحين، وحسن أولئك رفيقا

الحاج بدلي شاه شام بحرين
رئيس منظمة إكرام ماليزيا
كوالالمبور ماليزيا
٢٧ من سبتمبر ٢٠٢٢

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia