Kemalangan dua anak muda: IKRAM Ucap Takziah

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melahirkan rasa dukacita atas kehilangan dua orang anak muda, Abdul Muhaimin Azmi dan Muhamad Haziq Ahmad Daud dalam kemalangan yang berlaku di kilometer 15.1, Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) arah Semenyih, pada jam 1.20 tengah hari Rabu, 1 Mac 2017.

IKRAM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai almarhum Abdul Muhaimin dan almarhum Muhamad Haziq.

Almarhum Abdul Muhaimin, 19, merupakan anak kepada Ustaz Azmi Harun, guru sebuah sekolah IKRAM MUSLEH, Sekolah Rendah Islam Aman, Kota Bharu, juga adik kepada saudara Ahmad Ubaidah Azmi, ahli IKRAM Kajang. Almarhum Muhamad Haziq, 24, merupakan seorang graduan Universiti Paul Sabatier di Toulouse, Perancis.

Kedua-dua almarhum merupakan pekerja syarikat Clean Hero di Kajang, yang menyediakan khidmat mencuci karpet, kusyen kereta, sofa dan tilam secara bergerak, diusahakan oleh saudara Mahfuz Mohammad, ahli IKRAM Kajang.

Mereka telah mengalami kemalangan semasa dalam perjalanan ke rumah pelanggan untuk melakukan tugas cucian.

Atas usaha dan kegigihan mereka untuk berdikari dalam mencari rezeki yang halal, marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh mereka ditempatkan bersama para syuhada dan solihin.

Semoga semua ahli keluarga almarhum Abdul Muhaimin dan almarhum Muhamad Haziq tabah dan sabar dalam mengharungi ujian ini.

Hj Nahar Md Nor
Setiausaha Agung IKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia