Kemalangan Berbasikal: IKRAMTeens Ucap Takziah

Kelab Remaja IKRAMTeens merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga kepada adik-adik remaja yang terlibat dalam kemalangan yang berlaku pada jam 3.30 pagi 18 Februari 2017 di Jalan Lingkaran Dalam menghala ke Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Sehubungan dengan itu, Kelab Remaja IKRAMTeens mendoakan ibu bapa kepada semua adik-adik yang terlibat dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT untuk menjalani ujian ini bukan sahaja dengan penuh kesabaran tetapi juga kemampuan untuk menggarap nilai-nilai tarbiah yang Allah sertakan bersamanya.

Sebagai abang, saya mengharapkan agar adik-adik yang menjadikan aktiviti menunggang basikal sebagai hobi pada waktu lapang berhati-hati dan sentiasa mematuhi undang-undang di atas jalan raya.

Melengkapkan diri dengan “safety-gear” seperti jaket pantul cahaya, lampu serta pemantul sudah menjadi satu keperluan terutamanya apabila aktiviti ini dilakukan pada waktu malam.

Di pihak ibu bapa dan agensi yang berkaitan, diharapkan agar dapat menyediakan kemudahan dan beberapa peraturan sesuai dengan keperluan adik-adik remaja ini untuk meneruskan aktiviti berbasikal mereka dengan lebih selamat dan terkawal pada masa akan datang.

Ahmad Rafiq Mohd Khairudin
Pengarah
Kelab Remaja IKRAMTeens Malaysia

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia