Kem Simulasi Bencana lahirkan aktivis berilmu, berkemahiran urus bencana

Di samping itu, program yang diadakan di di Kem Alang Sedayu, Gombak ini bertujuan untuk menjadikan MyCARE sebuah pertubuhan kemanusiaan yang profesional di peringkat negara dan antarabangsa. 

Menurut CEO MyCARE Hj Ibrahim Mohamad, objektif tersebut adalah berdasarkan perancangan penyelidikan dan pembangunan (R&D) NGO kemanusiaan tersebut untuk menjayakan aspek pengurusan bencana di samping aspek advokasi.

    

Melalui kem perintis untuk melatih kemahiran utama iaitu Camp Evacuation dan Disaster Simulation ini, beliau mengharapkan ia mampu meningkatkan kemampuan MyCARE di peringkat antarabangsa dan mewujudkan aktivis yang berilmu serta berkemahiran apabila turun ke lapangan untuk menguruskan bencana.

Program yang dihadiri oleh 48 peserta yang terdiri daripada staf dan aktivis MyCARE telah dikendalikan oleh Pengarah program, Prof Madya Dr Mohamed Ikram Mohamed Salleh dibantu oleh beberapa jurulatih yang terdiri daripada Ahli Lembaga Pemegang Amanah (BoT) MyCARE sendiri dan juga aktivis MERCY Malaysia yang berpengalaman luas dalam misi-misi kemanusiaan.

    

Sepanjang program ini, peserta telah didedahkan kepada konsep pengurusan bencana yang holistik, pelan pembinaan kem dan hospital lapangan, aktiviti psikososial, komunikasi radio, kemahiran menggunakan GPS, asas rawatan kecemasan (pendarahan dan mobilisasi), asas menyelamat akuatik dan pengurusan keselamatan.

Kesemua teori dan kemahiran yang dipelajari kemudiannya telah diuji melalui beberapa sesi simulasi-simulasi pengosongan kem ketika kecemasan, simulasi pembinaan kem, simulasi bantuan bencana dan simulasi sidang akhbar.

Kem tersebut menerima maklumbalas yang sangat positif daripada para peserta di mana majoritinya merasa sangat teruja kerana dapat belajar sesuatu yang baru. Kerjasama dan pencapaian para peserta juga telah mendapat pujian para jurulatih.

Memandangkan kepentingan kem ini dalam menguruskan bencana yang boleh terjadi pada bila-bila dan di luar jangka, peluang turut dibuka kepada pelbagai pihak, institusi dan orang ramai yang berminat untuk menjemput MyCARE menganjurkan program sebegini di tempat masing-masing.

Foto program: http://on.fb.me/1MrwtnU

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia