Kelulusan RUU Anti Lompat Parti Langkah Mematangkan Demokrasi

Kelulusan RUU Anti Lompat Parti Langkah Mematangkan Demokrasi | IKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengalu-alukan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat lompat parti dengan undi majoriti dua pertiga ahli Dewan.

IKRAM berpandangan perkembangan ini adalah satu langkah penting ke arah mematangkan proses demokrasi di negara ini. Ia juga diharap dapat membantu membina semula kepercayaan rakyat terhadap proses demokrasi dan pilihan raya di Malaysia.

Dengan komitmen semua ahli Dewan Rakyat dan parti-parti politik, IKRAM percaya peruntukan ini dapat membantu ke arah melahirkan kepemimpinan negara yang lebih baik.

Sedia maklum, kepemimpinan yang kompeten dan berintegriti adalah prasyarat penting untuk sesebuah negara berjaya. Ini selari dengan salah satu ciri Negara Rahmah yang digariskan IKRAM iaitu Kepemimpinan Negara yang Kompeten dan Berintegriti.

Semangat tolak ansur dan kesediaan ahli-ahli Dewan Rakyat untuk berunding bagi mencapai kesepakatan sebelum RUU ini diluluskan wajar diamalkan secara konsisten sebagai amalan demokrasi di negara ini.

Amalan ini selaras dengan ciri membudayakan amalan syura yang membuka ruang luas untuk penilaian semula ketetapan dan peraturan agar lebih relevan dan berimpak.

Pemerintahan yang berasaskan semak dan imbang yang berkesan merupakan salah satu ciri penting untuk kemajuan negara dan rakyat, selari dengan ciri Negara Rahmah.

Haji Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia