Kekurangan Bekalan Telur Ayam Semakin Pulih

Kekurangan Bekalan Telur Ayam Semakin Pulih | IKRAM

PUTRAJAYA – Kekurangan bekalan telur di pasaran negara ini semakin pulih susulan langkah sementara yang diambil kerajaan membenarkan telur diimport, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, ini terbukti apabila data daripada Jabatan Veterinar menunjukkan kekurangan telur pada Disember lepas hanyalah sebanyak sejuta, berbanding situasi kekurangan kritikal sebelum itu iaitu November sebanyak 157 juta dan 118 juta pada Oktober.

“Saya melapor diri di MAFS (Pertanian dan Keterjaminan Makanan) pada 5 Disember lepas. Selepas mendengar taklimat tentang situasi semasa bekalan telur, saya bersama pengurusan tertinggi MAFS bertemu beberapa pengeluar utama telur untuk mencari jalan penyelesaian terbaik supaya bekalan dapat dipulihkan.

“Data yang saya peroleh daripada Jabatan Veterinar menunjukkan kekurangan telur agak kritikal pada Oktober dan November 2022. Alhamdulillah, sekarang bekalan ayam dan telur sudah mula pulih, insya-Allah akan kembali stabil tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Disember lepas, kerajaan membenarkan kemasukan telur ayam dari India menerusi laluan udara sebagai fasa percubaan bagi memastikan telur ayam yang diimport menepati piawaian yang ditetapkan.

Mengenai cadangan supaya kerajaan menghentikan eksport telur, Mohamad berkata, langkah itu tidak dapat dilakukan kerana kenaikan mendadak kos makanan ayam yang diimport dan kawalan harga yang terlalu lama hingga menekan pengeluar telur tempatan.

“Mereka (pengeluar telur) sangat mengharapkan hasil eksport telur untuk menampung kerugian dialami di pasaran tempatan kerana kawalan harga dikenakan terlalu lama dan boleh menyebabkan banyak syarikat terpaksa menghentikan operasi,” katanya.

Bagi menyelesaikan isu berkenaan, Mohamad berkata, MAFS telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Kementerian Kewangan, selain mencadangkan agar subsidi bersasar diberikan kepada rakyat memerlukan, sebelum harga telur diapungkan semula.

Sumber: Bernama

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia