Kes di Selangor catat penurunan, kekal tertinggi

SERI KEMBANGAN – Malaysia merekodkan 20,396 kes baharu dengan lapan negeri kekal di paras empat angka menjadikan kes kumulatif di negara ini berjumlah 1,844,835 kes pada Ahad.

 

“Selangor kekal mencatat kes tertinggi iaitu 3,886 kes, diikuti Sarawak (3,747) dan Johor (2,165),” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

 

Manakala, Sabah merekodkan 2,136 kes, Pulau Pinang (1,961), Kedah (1,587), Kelantan (1,078) dan Perak (1,057).

 

“Terengganu melaporkan sebanyak 861 kes, Kuala Lumpur (597), Melaka (459), Pahang (486), Negeri Sembilan (269), Perlis (78), Putrajaya (25) dan Labuan empat kes,” katanya pada Ahad.

 

Tambahnya lagi, terdapat lapan kes import dilaporkan dan 20,388 kes merupakan penularan tempatan yang membabitkan 17,858 rakyat tempatan dan 2,530 bukan warga negara.

 

“Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 322 kes adalah daripada kategori tiga hingga lima dan 20,074 kes lagi terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

 

Menurutnya Noor Hisham, secara keseluruhan, 13,519 kes daripada jumlah kes yang dilaporkan tiada sejarah vaksinasi atau menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

 

“6,877 kes mempunyai sejarah vaksinasi lengkap,” jelasnya.

 

Dalam pada itu, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 220.5 juta. Ini berikutan lebih empat ratus ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

 

Manakala, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 4.56 juta.

 

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 648,000 kes.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia