Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar MUSLEH Ke-7: 99 pasukan bakal berentap ala Parlimen

Kejohanan debat dalam tiga kategori iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab ini diadakan berdasarkan format debat ala Parlimen Malaysia yang mengaplikasikan sistem ‘power match’ berkumpulan yang lazimnya digunakan dalam pertandingan-pertandingan antara universiti di peringkat antarabangsa.

Kejohanan debat ini dianjurkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Pendidikan IKRAM MUSLEH Berhad dengan kerjasama UTM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan International Centre for Educational Excellence (ICEE).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Prof Dr Omar Yaakob, pasukan debat tersebut terdiri daripada sekolah-sekolah di Malaysia termasuk dari Singapura, Thailand, Brunei Darussalam dan Indonesia yang akan berdebat atas tema-tema yang meliputi politik, ekonomi, alam sekitar, sosial, sukan, kesihatan dan pendidikan.

Tambah beliau, kejohanan ini bertujuan untuk menjadi medan bagi membentuk sifat yakin diri para pendebat melalui kemampuan berhujah dan mempertahankan hujah dengan cara beradab, penuh berhikmah dan boleh diterima pihak lawan.

“Kepetahan dan kefasihan serta teknik pemikiran yang kritis digabungkan secara bersama dalam menyampaikan perdebatan dengan sempurna.

“Kejohanan ini juga akan menjadi medan pertemuan, perbincangan dan perkongsian pengalaman di antara penyelidik, penggiat, pengusaha dan pihak yang berkepentingan dalam sistem pendidikan Islam negara dan serantau,” jelas beliau.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah kejohanan akan disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Islam KPM, Yang Berbahagia Tuan Wan Ramdzan Wan Mamat pada 2.30 petang Ahad 23 Ogos ini bertempat di Dewan Utama UTM Kuala Lumpur.

Pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran semua bagi menyaksikan kejohanan ini. Maklumat lanjut kejohanan boleh dilayari di http://muslehdebate.com/ dan Facebook Musleh ISDC atau dengan menghubungi pihak Sekretariat, Ustaz Amin (019-2687058) dan Athirah (019-7538949) atau e-mel: [email protected] dan [email protected].     

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia