Kejohanan B-19 AFF 2024: Semoga Berjaya Amir Farhan!

Kejohanan B-19 AFF 2024: Semoga Berjaya Amir Farhan! | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Alumni Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’, Klang, Amir Farhan Fuzi telah terpilih untuk menyertai skuad kebangsaan dalam Kejohanan Remaja Bawah 19 Tahun Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024 di Surabaya, Indonesia dari 17 hingga 29 Julai ini.

Beliau merupakan salah seorang daripada 23 orang pemain yang telah dipanggil oleh ketua jurulatih Juan Torres Garrido bagi menyertai cabaran skuad Harimau Malaya di sana.

Pada 19 Julai lalu, Amir Farhan telah berjaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan ketika bertemu Brunei dan menjadikan pasukan Malaysia menang 11-0. 

Skuad negara turut mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan dengan dengan kemenangan 5-0 ke atas Singapura dalam perlawanan kedua pada Isnin, 22 Julai lalu.

Sebelumnya pada perlawanan persahabatan tertutup antara Malaysia dan Kemboja pada 13 Julai lalu, Amir Farhan turut menyumbang satu gol dengan kemenangan 4-2.

Skuda negara bakal berentap dengan pasukan Thailand dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan pada Khamis ini.

Memetik ucapan dalam satu video ringkas, beliau merakamkan penghargaan buat guru-guru SRI Hira’ yang telah mendidiknya.

“Saya mengucapkan berbanyak terima kasih buat muallim dan muallimah Hira’ Klang kerana telah mendidik dan membimbing saya sejak kecil.”

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sentiasa menyokong saya untuk bermain bola sambil belajar,” katanya.

Amir Farhan juga berharap muallim dan muallimah mendoakan kejayaan beliau dan pasukan Harimau Malaya di Surabaya.

Tahniah dan selamat maju jaya Amir Farhan Fuzi. Semoga kejayaan mengiringi Skuad B-19 Harimau Malaya di persada kejohanan AFF, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia