Kejayaan Vaksin Covid-19 Dan Naratif Palsu Antivaksin

Kejayaan Vaksin Covid-19 Dan Naratif Palsu Antivaksin | IKRAM

Negara kita dan dunia kini sudah hampir pulih sepenuhnya daripada pandemik Covid-19. Urusan harian berjalan seperti biasa, kebanyakan SOP pandemik sudah dibatalkan, kecuali bagi beberapa keadaan tertentu. 

Kita menarik nafas lega dengan perkembangan ini kerana pengalaman PKP dalam tempoh dua tahun lepas merupakan kenangan pahit yang sukar dilupakan. 

Sejak pandemik ini bermula pada awal tahun 2020 di Malaysia, terdapat suara-suara sumbang yang mempertikaikan kewujudan penyakit Covid-19. 

Ada juga yang mempercayai teori konspirasi kononnya virus ini adalah palsu dan berita mengenainya dibuat hanya bagi menakut-nakutkan manusia kerana agenda tertentu.

Apabila vaksin diperkenalkan sebagai langkah kawalan, ada pula golongan yang enggan mengambil, bahkan menentang program vaksinasi. 

Naratif Antivaksin

Antara mesej atau naratif yang dibawa oleh kumpulan ini termasuklah:

– Covid-19 hanya selesema biasa, jangan panik!

– Gejala yang dikatakan Covid-19 ini sebenarnya disebabkan oleh gelombang telekomunikasi 5G.

– Ini semua konspirasi Yahudi.

– SOP hanya helah perancangan konspirasi Yahudi untuk menjauhkan orang Islam daripada masjid dan surau.

– Tidak perlu ikut SOP, ikut ‘cara Islam’, doa dan ambil wuduk sudah memadai.

– Ini cara Dajjal mewujudkan order baharu dunia.

– Manusia yang divaksin akan mati dalam tempoh satu, dua, tiga tahun.

– Vaksin ada ‘chips’ untuk menjejaki (tracking) kita.

– Vaksin dicipta untuk membunuh manusia secara besar-besaran. Vaksin akan menyebabkan berjuta orang mati kerana ini adalah kaedah ‘population control‘ (kawalan populasi) oleh konspirasi order baharu dunia.

– Mak Teh kata, sebenarnya ramai sangat orang mati kerana vaksin di Malaysia, tetapi kerajaan menyembunyikan maklumat ini.

– Sebenarnya lebih ramai orang mati kena cucuk vaksin daripada yang mati kerana Covid-19.

– Pemimpin, saintis, pegawai kesihatan dan perubatan Malaysia dungu, ikut telunjuk WHO.

Naratif kumpulan ini berubah-ubah dari semasa ke semasa apabila satu persatu telahan atau sangkaan awal mereka terbukti meleset.  

Naratif Sains

Sementara itu, kerajaan, ahli saintis dan pakar perubatan negara membawa naratif berikut:

–  Covid-19 adalah akibat jangkitan virus yang berjangkit melalui sentuhan dan apungan di udara. 

– Jangkitan virus boleh dikawal dengan beberapa ikhtiar, antaranya mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan mengamalkan kebersihan diri. PKP dikenakan dan SOP diwujudkan bagi memastikan penularan dapat dikekang.

– Seperti virus lain, Covid-19 boleh dihentikan dengan merangsang antibodi semula jadi (natural)melalui kaedah vaksinasi.

– Jika cukup ramai rakyat telah divaksin, imuniti kelompok (herd immunity) akan terhasil, virus dapat dikawal dan kita boleh kembali ke era tanpa Covid-19.

– Program vaksinasi besar-besaran diperlukan untuk mendapatkan imuniti kelompok. Ini dicapai apabila majoriti penduduk divaksin.

– Apabila imuniti kelompok dicapai, kita sudah boleh kembali bermuamalah (bersosial, berinteraksi) seperti biasa.

Naratif ini konsisten, tidak berubah-ubah dan memang selaras dengan pengalaman yang dialami oleh kita sendiri.

Kejayaan Vaksin Covid-19

Kini alhamdulillah, setelah lebih 90 peratus penduduk dewasa Malaysia disuntik vaksin, kita sudah boleh kembali seperti sediakala.  

Kita berhari raya dengan meriah, manakala cuti sekolah kita diserikan dengan  cuti-cuti Malaysia riang ria bersama keluarga.

Mujurlah majoriti rakyat Malaysia menolak naratif pertama yang dibawa oleh kumpulan yang menolak sains, menongkah ilmu perubatan dan menganggap setiap perkara sebagai konspirasi Yahudi. 

Jika tidak, situasi Covid-19 Malaysia berkemungkinan menjadi tidak terkawal, mengorbankan lebih banyak jiwa, memberi tekanan kepada barisan hadapan (frontliners).

Jika ini berlaku, ia pasti menyusahkan kehidupan kita kerana PKP pastinya akan menjadi semakin ketat dan berterusan.  

Kumpulan Bumi Leper

Kumpulan yang menolak sains, menongkah ilmu perubatan dan menganggap setiap perkara sebagai konspirasi Yahudi ini bolehlah disamakan dengan kumpulan bumi leper, yang akhir-akhir ini mula bertapak di Malaysia. 

Menurut kumpulan ini, bumi ini leper, tidak bulat. Kononnya bukti foto dan seumpamanya yang menunjukkan bumi ini bulat apabila dilihat dari angkasa lepas hanya rekaan grafik dan fiksyen.  

Mungkin mereka tidak pernah merasai atau melihat sendiri bukti-bukti bumi ini bulat kerana terlalu takut dengan konspirasi ‘saintis bumi bulat’.

Jika naik kapal terbang atau berlayar di laut ke timur atau barat, mungkin mereka khuatir terjatuh di pinggir bumi yang leper. 

Demikian juga penentang-penentang naratif sains perubatan dalam hal Covid-19.  Kekhuatiran dan prasangka yang melampau mereka telah menutup hati nurani daripada menerima hakikat bahawa apa yang didodoikan selama ini palsu dan tidak berasas.  

“Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu daripada kebenaran.” (Surah An-Najm: 28) 

Prof. Dr Omar Yaakob
Ahli Jawatankuasa Pusat
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia