Kehilangan Dr Lo’ Lo’ turut dirasai IKRAM

Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhumah Dr Lo’Lo’ Mohd Ghazali atas pemergiannya semalam.

“Wanita IKRAM turut merasai kehilangan Allahyarham dalam arena dakwah di Malaysia,” ujar Che Asmah.

Selain beliau, beberapa orang ahli jawatankuasa Wanita Ikram Pusat turut meluangkan waktu untuk memberi penghormatan terakhir di Masjid al- Akram, Datuk Keramat awal pagi tadi sebelum mengiringi jenazah ke tempat pengebumian di Tanah Perkuburan Datuk Keramat.

Almarhumah yang merupakan Ahli Parlimen PAS Titiwangsa, meninggal dunia pada jam 10.13 malam tadi di Hospital Selayang setelah beberapa lama menanggung penyakit barah paru-paru yang dihidapinya.

Mudah-mudahan akan terlahir lebih ramai pejuang agama Allah sepertinya di muka bumi ini…

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia