Kehadiran sukarelawan IKRAM ringankan beban mangsa banjir

“Mereka telah datang dari seluruh pelosok tanah air,” kata pengarah misi bantuan banjir IKRAM Kedah, Haji Suberi Salleh.

Katanya lagi, kedatangan mereka adalah dengan niat untuk meringankan kesusahan mangsa banjir, walaupun kebanyakan kerja pembersihan dalam bangunan telah dijalankan. Beliau menyarankan supaya bantuan seterusnya dihulurkan dalam bentuk wang tunai kerana mudah untuk disesuaikan dengan keperluan seterusnya.

Menurut sumber bilik gerakan misi bantuan IKRAM Kedah, hampir 120 orang sukarelawan IKRAM telah tiba dengan menaiki bas sewa khas dan kenderaan lain seawal 3.00 pagi pada hari Sabtu yang lalu. Yang menariknya, misi hujung minggu ini turut disertai oleh oleh rakyat Malaysia lain yang prihatin terdiri daripada pelbagai bangsa di bawah kendalian misi bantuan IKRAM.

Ikram bantu 2

Para sukarelawan bersama dua ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM, Haji Syed Ibrahim Syed Noh dan Haji Nahar Md Nor mengaminkan doa

Taman Tabung Haji, Bukit Tinggi dan Taman Seri Utama telah menjadi fokus bantuan kali ini. Di samping hampir 80 buah rumah dapat diberikan khidmat yang sepatutnya, para sukarelawan IKRAM juga telah berjaya memberikan khidmat pembersihan di Sekolah Teluk Malik, Jitra bersama pelajar-pelajar Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)

Sementara itu, pada hari Isnin pula beberapa aktiviti sumbangan telah dapat digerakkan dengan para sukarelawan menyampaikan pek bantuan yang berupa pakaian dan peralatan ibadah serta wang tunai kepada lebih 200 orang penerima yang terdiri daripada orang-orang kampung dan penduduk perumahan kos rendah di sekitar Changlun dan Jitra.

ikram bantu3

Para penerima sumbangan di Kampung Tok Kesop, Jitra

Sebelum penyampaian dilakukan, sedikit tazkirah telah disampaikan kepada yang hadir. Isi tazkirah berkisar tentang kesabaran, keredhaan serta keinsafan sebagai pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa banjir kali ini.

Sumbangan telah disampaikan oleh Yang Dipertua IKRAM Kedah, Ustaz Rosli Yusof dan Timbalannya, Ustaz Sayuti Haji Ramli di lokasi yang berbeza.

ikram bantu 4

Ustaz Rosli dan Ustaz Sayuti sedang menyampaikan bantuan

“Pihak penganjur mengharapkan sedikit sebanyak sumbangan ini dapat meringankan kesedihan terutama ketika umat Islam hampir menyambut hari raya korban pada tahun ini,” kata pengurus sumbangan merangkap Setiausaha IKRAM Kubang Pasu, Dr Asmat Nizam Abd Mutalib.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia