Kedutaan Mesir enggan terima memo

Kumpulan berkenaan dimaklumkan oleh wakil kedutaan bahawa pihak mereka enggan menerima memorandum berkenaan kira-kira 45 minit selepas itu. Isi memorandum tersebut adalah bantahan terhadap tindakan keras kerajan Mesir ke atas penunjuk perasaan selain mendesak Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletak jawatan.

memo mesir 3

Walaupun memorandum berkenan tidak berjaya diserahkan kepada wakil kedutaan Mesir namun ia tetap diserahkan melalui peti pos.

Pengerusi Lajnah Perhubungan Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad berkata, pihaknya akan meneruskan gesaan berkenaan melalui himpunan rakyat yang akan diadakan pada Jumaat ini.

“Mungkin pihak Kedutaan Mesir tidak mahu terima kerana hari ini tidak ramai yang membuat gesaan, namun insya-Allah Jumaat ini kita akan himpunkan antara 5,000 hingga 10,000 rakyat bagi mengadakan demonstrasi,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyuarakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Mesir bagi menuntut kebebasan dan memastikan amalan demokrasi dilaksanakan di negara itu.

Antara yang turut hadir semasa proses penyerahan memo pagi tadi adalah Naib Presiden IKRAM, Hj Syed Ibrahim Syed Noh; Setiausaha Agung IKRAM, Hj Zaid Kamaruddin; Ahli Jawatankuasa IKRAM, Hj Nahar Md Nor; Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad; Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan; Ahli parlimen Batu, Tien Chua; bekas Setiausaha Agung PRM, Cikgu Ishak Surin dan Ahli Majlis Pimpinan PKR, Badrul Hisham Shaharin.

Haji Nahar dalam ucapan ringkasnya menegaskan, penyerahan memorandum pada hari ini diadakan agar pemerintah Mesir mendengar tuntutan rakyatnya.

“Sudah lebih daripada 30 tahun rakyat Mesir ditindas.  Mereka hidup dengan kadar kemiskinan dan pengangguran yang sangat tinggi. Hari ini mereka sudah tidak dapat bersabar lagi, mereka berhimpun di Medan Tahrir kerana mereka percaya keadilan mesti ditegakkan dan kezaliman mesti dimusnahkan,” katanya.

Perhimpunan pada 4 Februari ini akan bermula dari Masjid KLCC menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat sebaik sahaja selesai solat Jumaat.

 

(Foto-foto oleh Ismail Awang)

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia