Kecam undang-undang rasis Israel

“Undang-undang ini akan menguatkan lagi polisi rasis Israel ke atas 1.8 juta rakyat Arab Palestin yang masih tinggal dalam wilayah Palestin 1948 (Israel hari ini) dan 3 juta rakyat Arab Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.”

“Bahkan, ia menafikan sekaligus hak 6.4 juta pelarian Palestin untuk pulang ke tanah air mereka,” kata Pengerusi MyCARE, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor.

Tambah beliau, undang-undang ini antara lain menggugurkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi, mengesahkan kedudukan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, membuka seluas-luasnya pintu penghijrahan masuk beramai-ramai orang Yahudi ke Israel, melindungi dan menggalakkan pembangunan penempatan haram Yahudi dan memberi hak eksklusif ke atas Palestin kepada bangsa Yahudi.

“Undang-undang ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk terus meminggir dan mendiskriminasi rakyat Arab Palestin, menggalakkan penghijrahan keluar dan mengurangkan jumlah penduduk Arab Palestin bagi menjayakan ‘Perjanjian Abad Ini’ (Deal of the Century) yang dicanang-canangkan oleh Presiden Trump dan puak Zionis,” jelas Dr Hafidzi.

Tegas beliau, MyCARE menyeru Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab untuk mendesak Israel menarik-balik undang-undang rasis ini yang bertentangan dengan undang-undang, konvensyen dan resolusi antarabangsa.

Beliau turut menggesa kerajaan Pakatan Harapan yang baru untuk segera melaksanakan janji manifesto mereka untuk membela nasib rakyat Palestin daripada kekejaman Zionis Israel melalui saluran diplomatik dan forum-forum antarabangsa.

“MyCARE mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus bersama mempertahankan hak rakyat Palestin yang tertindas melalui pelbagai inisiatif sama ada perhimpunan aman, memorandum bantahan dan pemerkasaan kempen Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) di Malaysia.”

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia