Keberanian Jufazli dan Hak Bersuara Rakyat

Majlis Pemuda IKRAM terkejut dan amat bersedih menerima berita penangkapan saudara Jufazli Shi Ahmad pada 9 November 2016.

Kami difahamkan bahawa Saudara Jufazli yang kini sedang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau akan didakwa pada hari Selasa, 15 November di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berikutan kenyataan terbuka beliau di media sosial yang dilihat bermotifkan politik dan mengganggu-gugat sesetengah pihak.

Saudara Jufazli terkenal dengan kehebatan pidato dan keberanian beliau dalam memperjuangkan hak rakyat terutama rakyat Sabah. Dilahirkan daripada keluarga yang miskin di Semporna, Jufazli melalui kehidupan yang amat sukar untuk menyara diri dan keluarga. Berkat kesabaran dan kecekalan beliau, akhirnya beliau menjadi cendekiawan yang berjaya serta dikagumi.

Daripada sudut akademik, beliau mendapat keputusan cemerlang dalam STPM (PNGK 4.0) dan PNGK 3.97 untuk jurusan beliau dalam Sarjana Sains Politik. Selain daripada cemerlang dalam pelajaran, beliau dikenal aktif sewaktu mahasiswa dan setelah beliau bekerja sebagai pensyarah, terutama dalam melonjakkan keberanian dan aktivisme dalam kalangan belia Malaysia.

Majlis Pemuda IKRAM mengiktiraf keberanian beliau dan mengagumi usaha yang ditunjukkan. Tidak ramai golongan belia yang berani bersuara untuk menegakkan keadilan secara terbuka sepertinya.

Beliau yang pernah menyertai program tarbiah dalam IKRAM menunjukkan kesungguhan bersepadu dalam memperbaiki dirinya. Beliau dihormati kerana akhlak dan keperibadian beliau yang menghormati orang tua dan menyayangi orang muda. Walaupun vokal dalam menyatakan pendapat, beliau amat menjaga hubungan peribadi sesama sahabat handainya.

Berikutan penangkapan beliau, pihak Majlis Pemuda IKRAM mengiktiraf kuasa yang dimiliki oleh undang-undang dan pihak berkuasa dalam menjaga kesejahteraan rakyat. Majlis Pemuda IKRAM menyeru keadilan diberikan sewajarnya kepada Saudara Jufazli.

Penjenayah begitu ramai dalam masyarakat terutama yang terlibat dalam kerosakan negara dan masyarakat. Sudah tentu Jufazli bukan sebahagian daripada mereka. Jufazli merupakan pemuda yang tinggi nilai keperibadiannya dan dihormati kehebatannya.

Jufazli merupakan simbol keberanian pemuda yang dinantikan. Barangkali caranya dianggap jengkel bagi pihak tertentu, namun semangat pendekar dan berani kerana benar itu seharusnya dicontohi.

Sekiranya Jufazli didapati bersalah mengikut akta yang ditentukan, maka kami setuju beliau dihukum dengan keadilan. Jika tidak, kami menuntut agar beliau dibenarkan meneruskan aktivisme dan perjuangan beliau, terutama yang bersangkut paut dengan rakyat Sabah.

Izinkan beliau untuk terus-menerus menjadi sumber inspirasi buat para belia, terutamanya pemuda belia Malaysia. Kami tegaskan di sini bahawa kewibawaan pihak berkuasa amat bergantung kepada keadilan yang mereka tunjukkan kepada rakyat.

Kami menyeru kepada para pemuda Malaysia untuk:

1. Mendoakan kesejahteraan Saudara Jufazli Shi Ahmad serta keadilan dalam dakwaan terhadap beliau.
2. Mencontohi keberanian dan kebijaksanaan beliau dalam pelajaran dan aktivisme.
3. Menghidupkan jati diri dalam mempertahankan kebenaran pada penjuru yang mampu.
4. Membebaskan diri daripada zon selesa dan peka dengan isu mutakhir serta bersama membantu membangunkan negara kita yang tercinta.

Kami juga merayu kepada pihak berkuasa untuk:

1. Mengadili kes ini dengan adil dan bijaksana.
2. Memberikan hak bersuara yang lebih jelas kepada rakyat.
3. Peka dengan kehendak dan keadilan rakyat.

Kami mendoakan Saudara Jufazli serta keluarga bersabar menghadapi ujian ini.

Marilah kita mengambil iktibar sebahagian daripada petikan ayat 3 Surah at-Talaq daripada al-Quran yang bermaksud:

“Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).”

Moga kes penangkapan Saudara Jufazli ini tidak mematahkan semangat untuk para pemuda terus memperjuangkan kebenaran, seterusnya melahirkan generasi yang mampu memimpin masyarakat di lapangan mana kita berada.

#Solidariti4Jufazli
#BebaskanJufazli

Hj Shahrul Aman Mohd Saari
Pengerusi
Majlis Pemuda IKRAM
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia