Buku ini telah dilancarkan oleh Pengerusi MyCARE, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor dalam program Brunch4Humanity untuk mengumpul dana #GiveHope anjuran Rose2Rose di Restoran Nelayan Gombak pada Ahad lalu di sini.
Dengan harga RM25 sebuah, MyCARE membawa konsep ‘beli dan hadiah’ kepada rakan-rakan berbangsa Cina di mana setiap pembelian untuk edisi terhad ini akan mendapat bookbelt, sampul angpau dan beg cenderamata.
Dr Hafidzi turut mengucapkan tahniah kepada Saudara Teo Ann Siang, eksekutif MyCARE atas kejayaan menghasilkan buku tersebut.
“Kami berbangga dengan sumbangan saudara yang amat besar kepada kemanusiaan.”
Untuk membeli buku tersebut, sila hubungi beliau di talian 016-6319296 atau 03-89412341 dan pembayaran boleh dibuat ke akaun CIMB Humanitarian Care Malaysia 8600-468-416.
Dalam majlis Brunch4Humanity itu, Dr. Fauziah Mohd Hasan, Penasihat Rose2Rose turut menerima cek RM20,000 daripada UKM Specialist Centre untuk projek #GiveHope bagi menampung kos pembedahan 3,000 pesakit miskin serta tangan dan kaki palsu untuk 18 kanak-kanak di Gaza.
“Setiap ringgit yang kita sumbangkan sangat bermakna, ia akan mengubah kehidupan mereka,” kata beliau.
Pelancaran buku, sumbangan untuk #GiveHope dan perkongsian Dr Fauziah
Dr. Fauziah turut menceritakan kepada hadirin Brunch4Humanity detik-detik ketika ditahan rejim Israel semasa misi Women’s Boat to Gaza, (WBG) dan realiti penangkapan haram tanpa bicara ramai wanita dan kanak-kanak Palestin oleh Zionis Israel.
Anda boleh terus menyumbang untuk Projek #GiveHope melalui akaun Maybank Humanitarian Care Malaysia 5642-5856-0698.
Antara aktiviti lain yang dijalankan di majlis ini adalah jualan buku travelog WBG, 35 Batu Nautika, persembahan flashmob tentang White Helmet oleh Standup Flashmob serta persembahan lagu Serikandi Besi dan Suara Intifadah oleh kumpulan nasyid Zëyad.
Foto Brunch4Humanity: http://bit.ly/2jPE7ox