Katakan ‘Tidak’ kepada Hari Valentine, Katakan ‘Ya’ kepada Maulidur Rasul

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 pada 24 November 2005 telah memutuskan bahawa amalan merayakan ‘Valentine’s Day’ bukan amalan Islam. Malah, ia menegaskan bahawa, roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur agama Kristian dan amalannya bercampur-baur dengan perbuatan maksiat yang bercanggah dan terlarang dalam Islam. Namun, sehingga kini, ia masih lagi menjadi budaya dalam masyarakat dan diamalkan oleh penganut-penganut beragama Islam – khususnya dalam kalangan belia dan remaja. Pada tahun lepas, misalnya, ada pihak telah mencetuskan kempen ‘No Panties’ pada Hari Valentine. Ini jelas menggambarkan betapa kroniknya budaya songsang telah menular dalam masyarakat kita.

Dengan itu Pemuda IKRAM menyeru agar pihak:

Belia dan Remaja:

1. Mengetahui latar belakang dan matlamat Hari Valentine, agar tidak terikut-ikut budaya liar yang langsung tiada kaitan dengan Islam; malah tersasar darinya.

2. Mengelakkan terbabit dalam sebarang bentuk aktiviti meraikan hari tersebut seperti ‘dating’ yang akhirnya membawa kepada keruntuhan akhlak seperti penzinaan, arak dan pembuangan bayi.

Kerajaan dan Institusi:

3. Memberi kesedaran kepada para pelajar sekolah mengenai budaya songsang ini dan membuat penguatkuasaan agar ia tidak menjadi satu budaya yang diraikan sejak peringkat sekolah.

4. Memerangi habis-habisan virus sosial yang di bawa Hari Valentine di semua IPT.

5. Menggembleng tenaga, membuat penguatkuasaan dan mengambil tindakan untuk melumpuhkan sebarang aktiviti dan usaha-usaha untuk memeriahkan atau menyambut Hari Valentine ini.

Keluarga dan Ibu Bapa:

6. Mendapatkan maklumat yang betul mengenai Hari Valentine dan menyampaikannya kepada anak-anak.

7. Menghidupkan budaya kasih sayang dalam kehidupan berkeluarga.

8. Memastikan anak-anak tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang merosakkan ini dan mewujudkan aktiviti-aktiviti alternatif agar anak-anak dapat dijauhkan dan tidak terlibat dengan sambutan Hari Valentine.

Media Massa:

9. Menyampaikan maklumat sebenar mengenai Hari Valentine agar masyarakat menjauhi sebarang aktiviti-aktiviti berkaitan dengan sambutannya.

10. Menghentikan sebarang bentuk promosi yang menjurus kepada mempopularkan sambutan Hari Valentine.

Malah, bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul tahun ini, Pemuda IKRAM menyeru agar:

11. Masyarakat Islam menghayati semangat dan kefahaman sebenar perayaan bersempena Maulidur Rasul sebagai tanda kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w.

12. Belia dan remaja mengalihkan sudut pandang mereka kepada mencontohi Rasulullah s.a.w. sebagai qudwah hasanah (contoh teladan terbaik) dalam konteks menzahirkan kasih sayang.

13. Belia dan remaja melibat diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membina akhlak dan intelektual mereka.

 

HJ MOHD FADZIL SALEH
Pengerusi
Jawatankuasa Pemuda
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia