Karnival Keluarga Utuh Berlangsung Mesra, Ceria

KUALA LUMPUR – Karnival Keluarga Utuh yang berlangsung di Kompleks Sukan Setiawangsa di sini telah melabuhkan tirai pada Ahad dengan kehadiran hampir 2,000 pengunjung dalam suasana mesra dan ceria.

Karnival ini merupakan acara kemuncak Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan (SBKK) 2022 anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang disokong oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). 

Karnival setengah hari yang julung kali diadakan telah mengangkat tema ‘Keluarga, Sokongan Untuk Bahagia’.

“Pada tahun ini, IKRAM memilih tema sambutan ‘Keluarga, Sokongan Untuk Bahagia’ kerana menyedari betapa pentingnya hubungan tiga generasi datuk nenek, ibu bapa dan cucu,” kata Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin dalam ucapan pembukaannya.

Menurutnya, hubungan intergenerasi ini harus disuburkan demi keutuhan keharmonian dan kesejahteraan sesebuah keluarga. 

Dalam ucapan perasmian Karnival Keluarga Utuh oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia LPPKN, En Abd Halil Omar mewakili Ketua Pengarah LPPKN, Tn Hj Abdul Shukur Abdullah, beliau berkata bahawa LPPKN sentiasa bersedia untuk bersama-sama dalam usaha mencari solusi yang terbaik dalam kesejahteraan hubungan intergenerasi dan keutuhan keluarga amnya.

“Adalah menjadi harapan kita semoga keluarga di Malaysia akan menjadi lebih mesra, bertimbang rasa, bertoleransi dan mengambil berat antara satu dengan yang lain,” ujarnya.


Sebelumnya, karnival dimulakan dengan senaman pagi bersama Persatuan Slow Jogging Malaysia dan acara-acara berikutnya diselang-seli dengan cabutan bertuah yang menyediakan hadiah-hadiah menarik berjumlah RM7,000. 

Terdapat juga aktiviti selari sepanjang hari antaranya pelbagai permainan di Zon Kanak-kanak seperti memanah, face painting dan demo cupcake.

Aiskrim dan popcorn juga disediakan percuma kepada pengunjung yang hadir dan kanak-kanak dapat bermain di petting zoo serta bouncy castle.

Saringan kesihatan yang ditawarkan di Zon Kesihatan adalah antara perkhidmatan yang juga dapat dimanfaatkan oleh para pengunjung. Pasukan bomba dan penyelamat hadir memeriahkan majlis bersama kenderaan mereka. Pengunjung cilik diberikan peluang untuk mencuba pakaian uniform dan bergambar di dalam trak bomba.  

Dalam pada itu, telah berlangsung forum bertajuk ‘Pengukuhan Hubungan Intergenerasi Keluarga’ diikuti dengan acara sukaneka yang menyediakan permainan mewarna kereta kayu,  Russian block tetris game, baldi bola dan lempar bola.

Selain itu, karnival dimeriahkan lagi dengan persembahan bertenaga kawad kaki oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Islam Hira’ (SMIH) Jeram. Mini Konsert daripada SampaiJadi Production merupakan antara acara yang ditunggu-tunggu pengunjung telah menceriakan lagi suasana.

Pada penghujung karnival, Ketua Kluster Masyarakat Progresif IKRAM, Tn Hj Ainullotfi Abdul Latif telah merasmikan majlis penutup SBKK dan Karnival Keluarga Utuh.

Beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak serta agensi kerajaan iaitu LPPKN, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Wangsa Maju), Pejabat Kesihatan Setiawangsa, sukarelawan dan peserta IMPAK Setiawangsa dan Program Perumahan Rakyat (PPR) Beringin,  Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN), KRT Sentul dan Setiawangsa, sukarelawan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya yang turut sama menjayakan karnival ini. 

Beliau turut memberikan penghargaan kepada pasukan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2022 dan jawatankuasa pelaksana Karnival Keluarga Utuh atas kejayaan masing-masing menggerakkan kempen dan karnival tersebut. 

“IKRAM juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengunjung yang bersama-sama memeriahkan karnival ini dan semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Keluarga, Sokongan Untuk Bahagia.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia