Karnival Kanak-Kanak Silang Budaya pupuk muhibbah antara kaum

Program ini  menekankan aspek menjaga kebersihan dan keselamatan bagi anak-anak penduduk Permai Villa serta ahli-ahli IKRAM Junior Subang Jaya. Penyertaan terbuka kepada semua bangsa dan agama yang berumur 5 hingga 12 tahun. Program berlangsung dengan penuh ceria dan semangat muhibbah yang tinggi daripada penduduk setempat.

Dimulai dengan kata aluan Pengarah Program, Ustazah Hazliza Talib, majlis disusuli dengan ucapan wakil penduduk, ucapan Ketua Wanita IKRAM Selangor, Prof Madya Dr Roohaida Othman dan ucapan Ketua Wanita IKRAM Subang Jaya, Ustazah Wan Ramizah. Turut hadir adalah Mr Siva, Pengerusi India Society Permai Villa.

Bertemakan “Jiwa Bersih Masyarakat Kasih”, antara acara yang dipersembahkan ialah sketsa “Bawang Putih & Bawang Merah”, acara serentak Sukaneka (5-9  tahun) dan Xplorace (10-12 tahun) secara berkumpulan, diikuti dengan aktiviti mengedarkan risalah kepada orang ramai dan berakhir dengan penyampaian hadiah dan bersurai pada tengaharinya.


Semoga program berteraskan silang budaya ini menanamkan benih perpaduan antara kaum, memupuk semangat muhibbah antara anak-anak Permai Villa dan ahli IKRAM, di samping memberi penjelasan dan menerapkan nilai kepentingan menjaga kebersihan dan konsep kebersihan jiwa.

Sumber: http://www.ikramsj.org/?p=6338

Foto: [Silang Budaya IKRAM SJ]

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia