Karnival Harmoni-IKRAM promosi keharmonian masyarakat

Pelancaran karnival yang julung kali dianjurkan oleh IKRAM Perak ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Drs Mohd Nizar Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah dan Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak.

Turut hadir dalam pelancaran Setiausaha Agung IKRAM Hj Nahar Md Nor, Pengerusi Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, Yang Dipertua IKRAM Perak Hj Yahanis Yahya dan Pengarah Karnival, Sdr Zain@Abdul Latif Mohamed.

Sekitar pameran dan aktiviti dalam Karnival IKRAM-Harmoni

Pelbagai aktiviti dan pengisian  program disusun antaranya pameran, teater, forum, street dakwah, persembahan kesenian dan sembang santai bagi memeriahkan karnival dengan penglibatan pelbagai pihak seperti Wanita IKRAM, IKRAM-MUSLEH, MyCARE, i-Bantu, Hidayah Centre Foundation (HCF), GEMA, IKRAM Siswa dan IKRAM Junior.

Segmen masyarakat berupa forum khas dengan tema karnival telah diadakan dengan penampilan Hj Muhammad Nicholas Sylvester, Imam Muda Jabar dan Dr Hafidzi.

Perasmian pelancaran, forum kekeluargaan dan nasyid

Karnival Harmoni-IKRAM turut diserikan dengan persembahan ‘Stand-up Flashmob’, pertandingan bercerita IKRAM Junior turut diadakan dengan tema ‘Rasulullah Rahmatan lil Alamin’ di samping persembahan nasyid daripada para pelajar SR Al Hidayah, Ipoh.

Segmen kekeluargaan turut disediakan dengan forum yang bertajuk “Gen-Y: Keluarga Idaman, Masyarakat Budiman” bersama ahli panel Dr Hafidzah H Mustakim, Timbalan Ketua Wanita IKRAM Malaysia dan Wan Muhammad Wan Ibrahim, mantan Setiausaha GEMA.

Tidak dilupakan, wakil-wakil aktivis MyCARE Daerah di Perak menerima watikah masing-masing oleh Hj Yahanis sebagai simbolik komitmen mereka untuk menyantuni insan-insan yang memerlukan bantuan di seluruh dunia.

Flashmob, Busking dan Bersama Ahli Parlimen Belia Malaysia

Segmen anak muda tidak ketinggalan menampilkan Busking Anak Muda dengan persembahan seni oleh kumpulan Tremolo dan sembang santai bersama Ahli Parlimen Belia Malaysia iaitu Wan Abdullah Mujahid Hasanuddin, Mohamad Hafiz Hafifi Hassan dan Ahmad Fadhil Ahmad Suhaili.

Dengan sambutan menggalakkan dalam kalangan masyarakat, diharapkan program sebegini dapat diteruskan dalam melestarikan perpaduan masyarakat berbilang bangsa dan peringkat serta memperluaskan dakwah kepada masyarakat secara harmoni, insya-Allah.

Sumber foto: FB IKRAM Perak

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia