Forum bertajuk “Halal Gaya Hidupku” diadakan sempena Karnival Edu-Ria Pulau Pinang 2017 yang akan berlangsung di sekolah itu pada 18, 19 dan 20 Mac 2017 bermula jam 8.30 pagi hingga 11.00 malam.
Karnival anjuran Pusat Pendidikan Al-Itqan dengan kerjasama Kerajaan Pulau Pinang ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat tentang pentingnya pendidikan agama dan akademik disimpul bersama.
Dengan peruntukan sebanyak RM15 juta oleh kerajaan Pulau Pinang untuk membina empat buah bangunan Pusat Pendidikan Al-Itqan yang baharu, perletakan batu asasnya bakal disempurnakan oleh Yang Dipertua Pulau Pinang, TYT Tun Dato’ Seri Utama Dr Hj Abdul Rahman Abbas.
Selain forum, gerai dan pameran sekolah serta agensi kerajaan, pelbagai perkongsian menarik menanti pengunjung Karnival Edu-Ria antaranya ceramah kewanitaan bersama Ustazah Che Nazrah Yusof, ceramah keibubapaan bersama Pak Utih, ceramah kemasyarakatan bersama Ustaz Yaakub Yusra, Bicara Dhuha bersama Ustaz Manis dan Talkshow Islami bersama Imam Muda Asyraf.
Tidak ketinggalan pelbagai aktiviti disediakan iaitu acara memanah, berkuda, tarik tali, human foosball, sukaneka, tayangan filem kanak-kanak, da’i muda, da’i cilik, pertandingan nasyid, syarahan, uji minda dan pertandingan aulad serta diserikan dengan persembahan seni bersama Tremolo dan Mukmin (Tiba-tiba Band).
Semua lapisan masyarakat khasnya masyarakat Pulau Pinang dijemput untuk berkunjung dan memeriahkan Karnival Edu Ria Pulau Pinang 2017.
Info lanjut: Pusat Pendidikan Al-Itqan