Kami Anak Malaysia 2012: IKRAM Junior WP bersama komuniti India

Di antara objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada generasi kanak-kanak sebagai insan istimewa dalam masyarakat, membuka ruang interaksi kanak-kanak antara budaya dan kaum dan memperkenalkan budaya kaum melalui pelbagai aktiviti yang telah dirancang secara formal atau informal kepada mereka.

Seramai 61 orang peserta yang terdiri daripada 53 orang ahli IKRAM Junior WP dan 8 orang ahli Pertubuhan Pendidikan Membangun Bersama Bahasa Tamil telah memeriahkan program ini. Program yang bermula seawal 8.30 pagi ini bertempat di premis Pertubuhan Pendidikan Membangun Bersama Bahasa Tamil di Jalan Megan Setapak 1, Taman Sri Rampai.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada fasilitator yang didatangkan khas dari IKRAM Bandar Tun Razak, Saudari Izma. Selanjutnya, ucapan penghargaan disampaikan oleh Pengarah program, Saudari Alia Md Nazir dan wakil Pertubuhan Pendidikan Membangun Bersama Bahasa Tamil, Cik Priya.

Program diteruskan lagi dengan sesi ‘ice-breaking’ yang dikendalikan oleh IKRAM Lembah Pantai, Pn Siti Alawiah dengan kerjasama fasilitator yang lain. Hadiah bagi menghargai kanak-kanak yang dapat memberikan kerjasama yang baik diberikan kepada mereka dari masa ke semasa. Pada akhir sesi ‘ice-breaking’ ini semua kanak-kanak dihadiahkan dengan button badge ‘Saya Anak Malaysia’ yang direka khas oleh IKRAM Junior Putrajaya.

Lebih kurang jam 10.00 pagi, semua peserta dan para petugas berehat dan menikmati juadah makan. Pelbagai juadah disediakan bagi memperkenalkan kanak-kanak kepada kepelbagaian makanan dan minuman di Malaysia ; mihun goreng, nasi lemak, mi goreng, kek, karipap, epal, air soya dan teh.

Seterusnya, para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan tahap iaitu Tahap 1 bagi kanak-kanak usia 5 – 9 tahun dan tahap 2 bagi kanak-kanak usia 10 – 12 tahun bagi mengikuti aktiviti kuiz spontan berkaitan pelbagai budaya dan kaum di Malaysia. Kuiz ini dikendalikan oleh IKRAM Setiawangsa Saudari Najwa, Suria dan Fatimah.

Program diteruskan lagi dengan aktiviti berbeza mengikut tahap di mana tahap 1 beredar ke ruangan yang berlainan di premis berkenaan. Kanak-kanak tahap 1 dibahagikan pula kepada 5 kumpulan dan menjalankan 3 aktiviti yang menarik  iaitu Mari Mengenal Budaya Kaum, Cari Jom Cari dan Mewarna.

Manakala kanak-kanak tahap 2 pula dikehendaki meyediakan 100 buah bungkusan berisi pelbagai keperluan harian untuk diedarkan kepada kanak-kanak daripada keluarga yang susah di kalangan komuniti yang berhampiran dengan premis dan perkampungan setinggan India di Kampung Fajar, Jalan Batu 8, Hulu Kelang.

Antara barang yang terkandung dalam bungkusan tersebut adalah mihun, minyak, tepung, maruku, alat tulis, snek dan lain-lain selain pamflet IKRAM Junior WP dan pamflet Pertubuhan Pendidikan Membangun Bersama Bahasa Tamil.

Sebanyak 30 bungkusan akan diedarkan sendiri oleh Pertubuhan Pendidikan Membangun Bersama Bahasa Tamil di sekitar premis. Manakala 70 bungkusan lagi akan diedarkan oleh peserta IKRAM Junior WP di Kampung Fajar.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh sebagai Timbalan Ketua Wanita WP, juga sebagai wakil IKRAM Junior Pusat. Manakala sebagai menghargai NGO yang bekerjasama, pihak IKRAM Junior WP turut berbesar hati menyumbangkan buku-buku cerita hasil sumbangan kanak-kanak IKRAM Junior WP dan wang tunai sebanyak RM100 bagi kegunaan premis.

Kanak-kanak turut dibekalkan dengan ‘door-gift’ berbentuk alat tulis, buku nota dan snek sebelum mula bergerak ke Kampung Fajar. Walaupun hujan mula turun dengan agak lebat, kanak-kanak tetap teruja untuk menyerahkan ‘hadiah’ yang telah mereka sediakan tadi kepada mereka yang memerlukan di Kampung Fajar.


Keadaan hujan lebat dan ketiadaan dewan atau tempat yang sesuai memaksa kanak-kanak IKRAM Junior untuk menyampaikan hadiah-hadiah yang disediakan di dalam kuil utama Kampung Fajar. Kelihatan kanak-kanak Kampung Fajar bersama penjaga mereka sangat teruja menerima kehadiran kami.

Mereka telah menunggu seawal 11.00 pagi walaupun telah dimaklumkan untuk menunggu kami hanya pada 12.30 tengah hari. Bagi memudahkan pengagihan hadiah, pihak urusetia telah mengedarkan ‘kupon hadiah’ kepada penduduk yang layak menerima hadiah 2 hari sebelum program ini berlangsung.

Komuniti Kampung Fajar sangat mengalu-alukan dan menghargai kehadiran ahli IKRAM Junior. Mereka turut menjemput kami untuk berkunjung ke kampung mereka lagi pada masa-masa akan datang di samping tidak akan menolak sekiranya kami ingin bekerjasama dengan mereka dalam pelbagai aktiviti.

Tergambar jelas keletihan di wajah kanak-kanak IKRAM Junior, walaupun begitu mereka tetap kelihatan gembira. Sekalung penghargaan kepada semua penggerak IKRAM Junior WP dan para dermawan yang membantu melancarkan program ini. Semoga kelangsungan dan kejayaan program silang budaya ini mampu mengekalkan keharmonian antara kaum di Malaysia, insya-Allah.

IKRAM Junior – Giat Bermanfaat, Generasi Hebat


Laporan oleh:

Puan Siti Alawiah Sahri

Pengerusi IKRAM Junior Wilayah Persekutuan

IKRAM Junior Lembah Pantai

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia