KAMI 2022: IKRAM Kunjungi DBKL

KAMI 2022: IKRAM Kunjungi DBKL | IKRAM

KUALA LUMPUR – Pengarah Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK) 2022, Dr Sabariah Baharun telah mengunjungi dan mengadakan libat urus dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Setiawangsa pada Khamis lalu.

“Alhamdulillah, kami menerima respons positif daripada pertemuan tersebut.”

Berikutan itu, pihak DBKL Setiawangsa bersetuju menyediakan beberapa keperluan untuk Karnival Kita Anak Malaysia (KAMI) 2022, antaranya pentas, outdoor event, khemah, kipas dan sistem PA.

“Kami merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada DBKL Setiawangsa atas sokongan bagi menjayakan karnival tersebut,” ujar Dr Sabariah.

Turut hadir bersama dalam kunjungan tersebut ialah AJK SBK dan KAMI.

Karnival Kita Anak Malaysia (KAMI) akan berlangsung pada 16 September 2022 di UTM Kuala Lumpur sebagai kemuncak kepada Sambutan Bulan Kebangsaan 2022 oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Aneka persembahan kebudayaan dan aktiviti menarik bakal diadakan, sesuai untuk semua julat umur dan seisi keluarga.

KAMI 2022 bakal menjadi satu medium untuk rakyat berkongsi nilai dan budaya rentas bangsa agar yang jauh didekatkan, yang dekat dieratkan.

Info lanjut karnival boleh diikuti di https://karnivalkami.com.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia