Rancang Tarbiah Selepas Ramadan Yang Lebih Baik

Saudaraku,

Kita bersyukur dapat melalui tarbiah Ramadan buat kesekian kalinya.
Berpeluang merawat dan merejuvenasi jiwa serta ‘menajamkan’ ibadah harian dengan ‘latihan’ amalan berpuasa, bersolat berjamaah, mendampingi al-Quran, bangun malam, mengeluar zakat dan infak, berzikir dan berdoa, serta bermuhasabah diri dan bertaubat

Seperti juga bentuk latihan yang lain, tarbiah Ramadan punya hasrat strategiknya – meningkatkan kemampuan dan daya tahan diri (spiritual, mental dan fizikal), khususnya bagi meredah perjalanan hidup sebenar yang semakin mencabar dan menguji sehingga sampai waktunya kita dipanggil bertemu Allah.

Pastinya kita merasakan kesedihan kerana bulan rahmat ini bakal meninggalkan kita beberapa jam sahaja lagi.
Moga Allah berikan kita peluang bertemunya lagi nanti.

Di penghujung Ramadan ini, elok kita merenung dan merancang pula bagaimana segala kebaikan yang dapat kita biasakan sepanjang sebulan lalu dapat kita terjemahkan kepada kehidupan seterusnya – agar hari esok kita sentiasa lebih baik daripada semalam.

Kita diperingatkan;

“Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.” (Al-Anbiya’: 1)

Kita berazam keluar daripada Ramadan sebagai insan ‘abid yang lebih baik, serta dapat mengekalkan segala kebaikan itu secara jangka panjang;

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan hendaklah setiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (daripada amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat); Dan (sekali lagi diingatkan), bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan.” (Al-Hasyr: 18)

Mengambil semangat Ramadan, ayuh kita terus berjuang mensuci dan memperbaiki diri;

“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan).” (As-Syams: 9)

Mudah-mudahan kita bakal termasuk kumpulan orang berjaya yang layak mewarisi syurga Firdaus;

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman; Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela; Kemudian, sesiapa yang mengingini selain daripada yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi; Yang akan mewarisi syurga Firdaus; Mereka kekal di dalamnya.” (Al-Mu’minun: 1-11)

Jusni Yusoff
Timbalan Presiden IKRAM
“Berpesan Kerana Sayang”

Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia