Selesai minggu pertama Ramadan kali ni, maknanya tinggal 75% lagi berbaki.
Mungkin tidak semua yang telah kita rancang dan azam untuk buat sebelum memasuki bulan ini telah dapat kita laksanakan, dengan baik dan berkualiti.
Tapi, umpama seorang pelari maraton, ayuhlah kita terus fokus kepada garisan penamat, berikhtiar seboleh mungkin untuk mengakhiri ‘perjuangan’ ini di posisi terbaik.
Jiwa kita tetap terus membara ingin nanti keluar daripada bulan tarbiah ini sebagai hamba Allah yang lebih baik;
* Bersih daripada dosa-dosa lampau.
* Hidup jiwa dengan iman dan muraqabatullah pada setiap masa.
* Terbiasa dengan amal-amal fardi harian yang baik.
* Berakhlak mulia, serta bergaul mesra dan berbuat baik kepada orang lain.
“Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Kita mohon bantuan Allah SWT agar menunjukkan jalan, memudahkan serta meredai segala ikhtiar ikhlas dan bersungguh kita.
اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
“Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadan, sejahterakanlah Ramadan bagiku dan terimalah daripadaku (ibadat pada bulan itu).”
Jusni Yusoff
Timbalan Presiden
“Berpesan Kerana Sayang”