Daripada Hanzalah bin ar-Rabi’ r.a. bahawa beliau pernah bertemu dengan Abu Bakar as-Siddiq r.a. dalam keadaan menangis.

😭 Abu Bakar bertanya; “Ada apa denganmu wahai Hanzalah?”
Beliau menjawab; “Hanzalah telah menjadi munafik, wahai Abu Bakar! Kami apabila berada di sisi Muhammad ﷺ, Baginda mengingatkan kami tentang neraka dan syurga seolah-olah kami melihatnya dengan mata kepala sendiri. Tetapi apabila kami kembali kepada isteri-isteri dan urusan kehidupan (harta dan pekerjaan), kami banyak melupakannya.”

Abu Bakar berkata; “Demi Allah, sesungguhnya kami juga mengalami perkara yang sama. Marilah kita pergi bertemu Rasulullah ﷺ.” Lalu mereka pun pergi. Apabila Rasulullah ﷺ melihatnya, Baginda bersabda; “Ada apa denganmu wahai Hanzalah?”

Hanzalah berkata: “Hanzalah telah menjadi munafi wahai Rasulullah! Kami apabila berada di sisimu, engkau mengingatkan kami tentang neraka dan syurga seolah-olah kami melihatnya dengan mata kepala sendiri. Tetapi apabila kami kembali, kami sibuk dengan isteri-isteri dan urusan kehidupan lalu banyak melupakannya.”

💫 Maka Rasulullah ﷺ bersabda: “Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, jika kamu sentiasa berada dalam keadaan seperti ketika kamu bersamaku, nescaya para malaikat akan berjabat tangan dengan kamu di majlis-majlis kamu, di jalan-jalan kamu dan di tempat tidur kamu. Akan tetapi wahai Hanzalah, satu masa (untuk ibadah) dan satu masa (untuk urusan dunia); satu masa dan satu masa.” (Hadis Sahih Riwayat Tirmizi)

Islam mengiktiraf fitrah manusia – ada waktu untuk ibadah dan ada waktu untuk urusan kehidupan, selagi hati tetap terikat dengan Allah dan tidak lalai sepenuhnya.

Jika rasa sensitif sebegitu adalah contoh takwa para sahabat buat kita, bagaimana pula keadaan kita?

🤦‍♂️ Hidupkah sensitiviti dalam jiwa kita? Sedangkan kita:

Seminggu Ramadan yang berlalu, mudah-mudahan menginspirasi dan menghidupkan keinsafan di hati kita.

Maka di malam-malam berbaki ini, mari kita peruntukkan sedikit waktu beruzlah dengan Allah – menangis menyesali kelemahan diri, dan bermohon agar Allah terima taubat dan ampunkan segala dosa, serta pandu kita untuk terus kekal di jalan keredaan-Nya.

Jusni Yusoff
Timbalan Presiden IKRAM

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia