Marhaban Ya Ramadan! Bulan Bina Takwa

Saudaraku,

Dengan izin Allah, untuk kesekian kalinya dalam hayat yang singkat ini, kita akan bertemu bulan istimewa Ramadan beberapa hari lagi.

Ramadan adalah anugerah Ilahi yang sangat besar buat kita para hamba-Nya.

Apa tidaknya?

* Syaitan yang sentiasa bekerja keras menggoda kita ke arah kejahatan dibelenggu
* Pintu keampunan dibuka seluas-luasnya
* Segala amal kebaikan digandakan pahalanya
* Doa dimakbulkan
* Malah ada malam yang lebih baik daripada seribu bulan

Puasa, ibadah yang membawa pelbagai kebaikan fizikal, sosial dan spiritual adalah amal sentral yang kita aqil baligh diwajibkan melaksanakannya sebulan ini.

Puasa adalah amalan yang mempunyai matlamat yang sangat besar, iaitu melatih dan membina peribadi kita menjadi insan yang bertakwa.

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah: 183)

Sifat takwa memastikan kita menjalani kehidupan seharian selaras dengan kehendak Allah, agar Dia meredai kita.
Segala perbuatan, percakapan, malah lintasan hati sentiasa kita jaga supaya tidak terlorong kepada kemurkaan-Nya.

Ayuh kita sambut Ramadan kali ini dengan azam untuk bersungguh meningkatkan ketakwaan diri
Kita bersyukur Allah beri kita peluang untuk mengislah diri, kerana tiada kepastian kita akan mendapat peluang ini lagi pada masa hadapan.

Kita hargai dan zahirkan respons positif kepada tawaran rahmah terbuka daripada Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang, Penguasa Seluruh Alam, yang mencipta, menghidup dan mematikan kita.

“Katakanlah (wahai Muhammad); “Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Az-Zumar: 53)

Jom kita jadikan Ramadan ini yang terbaik!
Marhaban ya Ramadan!

Jusni Yusoff
Timbalan Presiden IKRAM 
“Berpesan Kerana Sayang”

Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia