Mampukah Kezaliman Israel Dihalang?

Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid (CPCCG) atau Konvensyen Genosid ialah sebuah perjanjian antarabangsa yang menjenayahkan pembasmian kaum dan mewajibkan negara-negara anggota untuk menguatkuasakan pengharamannya.

Ia merupakan instrumen undang-undang pertama yang mengkanunkan pembasmian kaum sebagai jenayah, dan perjanjian hak asasi manusia pertama yang diterima pakai sebulat suara oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 9 Disember 1948, semasa sesi ketiga Perhimpunan Agung PBB.

Konvensyen ini mula berkuat kuasa pada 12 Januari 1951 dan mempunyai 152 negara anggota setakat 2022.

Perkara 2 Konvensyen berkenaan mentakrifkan genosid sebagai:
“..mana-mana daripada tindakan berikut yang dilakukan dengan niat untuk memusnahkan, secara keseluruhan atau sebahagian, kelompok bangsa, etnik, kaum atau agama, seperti berikut:
(a) Membunuh ahli kelompok;
(b) Menyebabkan kemudaratan yang serius dari segi fizikal atau mental kepada ahli kelompok;
(c) Melakukan dengan sengaja ke atas kelompok keadaan hidup yang dirancang untuk membawa kepada pemusnahan fizikalnya secara keseluruhan atau sebahagian;
(d) Mengenakan langkah-langkah yang bertujuan untuk mencegah kelahiran dalam kelompok;
(e) Memindahkan secara paksa kanak-kanak kelompok itu ke kelompok lain”

Perkara 3 pula mentakrifkan jenayah-jenayah yang boleh dihukum di bawah konvensyen itu:
“(a) Genosid;
(b) Konspirasi untuk melakukan genosid;
(c) Hasutan langsung dan awam untuk melakukan genosid;
(d) Cubaan untuk melakukan genosid;
(e) Kelibatan dalam genosid”

Namun, mengapa dunia hari ini hanya berpeluk tubuh dan memerhati perlakuan Zionis Israel;

  • mengebom Gaza tidak henti-henti;
  • membunuh penduduk awam yang tidak berupaya mempertahankan diri;
  • meruntuhkan tempat tinggal, hospital, sekolah, rumah ibadat dan bangunan lain;
  • merosakkan jalan raya, sistem bekalan air, elektrik, internet dan infrastruktur lain;
  • menghalang kemasukan bantuan makanan, perubatan dan keperluan lain

Bukankah ini jenayah genosid yang paling besar dan nyata?

Selepas pertemuan pertama dengan Netanyahu sebaik sahaja kembali menjadi Presiden Amerika Syarikat, Trump mengisytiharkan rancangan untuk mengambil alih Gaza dan memindah keluar semua rakyat Palestin dari sana.
Apakah ini? Bukankah ini satu jenayah, yang diiklankan penjenayahnya secara terbuka tanpa gentar atau malu?

Nyata sekali, kita yang bernama manusialah ‘mangsa’ sebenar kezaliman ini.
Dalam keadaan kita masing-masing mengaku manusia mulia bertamadun, terserlah ketidakmampuan kita menghalang kezaliman yang dibuat terang-terangan di depan mata.

Apakah masih ada setitik nilai kemanusiaan yang tinggal pada kita?

Jusni Yusoff
Timbalan Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

“Berpesan Kerana Sayang”

Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia